Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Mahkamah Tolak Permohonan Ambil...

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak dengan kos permohonan...

Indah Ruhaila Akui Akan...

SEBELUM ini, penyanyi Indah Ruhaila ada mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak mahu membebankan...

Bunuh Cucu: Dakwaan Suspek...

KUALA LUMPUR - Suspek utama warga Nigeria yang mencampak cucu tirinya di sebuah...

SPRM Tahan Timbalan Pengetua...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang timbalan pengetua Maktab...

Jumlah Mangsa Banjir Di Kedah Makin Kurang

ALOR SETAR – Jumlah mangsa banjir di Kedah turun kepada 158 mangsa daripada 48 keluarga berbanding 299 mangsa daripada 100 keluarga yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Kota Setar dan Pendang.

Menurut laman web Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat pukul 8 pagi, sebanyak dua PPS dibuka di Kota Setar dan satu di Pendang.

Di Kota Setar, seramai 101 mangsa daripada 33 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gunung manakala 19 mangsa daripada tiga keluarga di PPS SK Titi Gajah.

Di Pendang, PSS Dewan Serbaguna Pendang yang dibuka Rabu lalu menempatkan 38 mangsa daripada 12 keluarga.

Jumlah mangsa banjir berkurangan selepas dibenarkan pulang berikutan keadan cuaca semakin baik sejak semalam. – BERNAMA

Kategori