Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

84% Projek RMK10 Telah...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya telah berjaya menyiapkan 4,303 atau 84 peratus...

9 Warga Asing Ditahan...

PORT DICKSON - Jabatan Imigresen Negeri Sembilan menahan sembilan lelaki pendatang asing dalam...

Semua 56 ADUN Diminta...

JOHOR BAHRU - Semua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini...

Maut Kena Pukul Individu...

GEORGETOWN - Seorang warga emas maut akibat dipukul individu yang menumpang rumahnya di...

Juruwang Diacu Pisau Di Langkawi

LANGKAWI – Seorang juruwang sebuah stesen minyak di Jalan Ayer Hangat di sini, melalui detik cemas apabila diacu pisau pada lehernya oleh seorang penyamun semalam.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim, berkata seorang lelaki berusia 48 tahun menyerbu ke dalam premis sebelum mengacu pisau ke leher mangsa sambil mengarahkannya mengeluarkan wang dari mesin daftar tunai, jam 4.20 petang.

Beliau berkata, sejurus memperoleh wang, suspek bertindak melarikan diri tanpa mencederakan mangsa.

“Bagaimanapun, seorang anggota polis yang sedang mengisi minyak kenderaannya di stesen terbabit menyedari kejadian itu dan bertindak mengejar suspek sejauh 200 meter sebelum menahannya.

“Berikutan tangkapan itu polis merampas sebilah pisau dan wang tunai berjumlah RM600 yang dilarikan dalam kejadian itu,” katanya ketika dihubungi di sini.

Mohd Iqbal berkata, siasatan awal pihaknya mendapati suspek melakukan jenayah itu seorang diri dan tiada rakan lain.


“Polis sudah merakam percakapan pengadu, mangsa dan saksi berhubung kes. Suspek yang juga seorang penagih dadah turut memiliki rekod jenayah lampau membabitkan kes curi.

“Suspek kini direman dan siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan” katanya. – BH ONLINE

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori