Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Ibu Keji Bantu Anak...

GILA...seorang ibu yang menjalinkan hubungan sumbang mahram dengan anak saudaranya telah membantu lelaki...

Penantian Sekian Lama Akhirnya...

SAYA sering tertanya-tanya “macam mana the real situation kat luar sana? Betul ke...

Rebecca Ambil Lima Beradik...

INGATKAH lagi anda dengan kisah malang yang menerima lima beradik di Cheras yang...

Polis Sabah Berkas ‘Mat...

KOTA KINABALU - Polis memberkas 'Mat Malaya', lelaki yang amat dikehendaki kerana disyaki...

Kakitangan Bank Maut Nahas Di Segamat

SEGAMAT – Seorang kakitangan sebuah bank maut dalam kemalangan jalan raya selepas kenderaannya dipercayai terbabas dan bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 6 Jalan Bekok-Chaah, di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, mangsa, Sofyan Mustamin, 35, yang tersepit dalam kereta jenis Proton Savvy miliknya disahkan maut di tempat kejadian.

Ketua Polis daerah, Superintenden Raub Selamat berkata, berdasarkan siasatan awal, kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan mangsa dari arah Bekok ke Bandar Segamat hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan.

“Ekoran itu kereta mangsa telah berlanggar dengan lori terbabit dan menyebabkan kenderaan itu diseret sehingga ke bahu jalan, mangsa didapati tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori tidak mengalami apa-apa kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Raub menambah, permukaan jalan didapati basah ketika kejadian akibat faktor hujan renyai-renyai dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. –UTUSAN ONLINE

Kategori