Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Solidariti 3 Kaum Mampu...

CHUKAI - Solidariti tiga kaum utama di negeri ini, iaitu Melayu, Cina dan...

Fitnah “Khairy Tak Masuk...

KUALA LUMPUR - "Kalau nak menipu pun biarlah logik sikit..".Itu sindiran Menteri Belia...

Erin Malek Selamat Bersalin...

TAHNIAH diucapkan kepada pelakon, Erin Malek dan suaminya, Mohamed Fariz yang selamat menimang...

Angka Kematian Koronavirus Melonjak...

BEIJING - Seramai 56 orang disahkan meninggal dunia di China akibat dijangkiti koronavirus.Angka...

Kastam Rampas Arak, Daging Beku Seludup RM1.5 Juta

ALOR SETAR – Biar pun sudah lepasi kawalan pihak berkuasa di Pelabuhan Klang, namun usaha sekumpulan penyeludup minuman keras dan daging beku untuk lari daripada bayar cukai tetap gagal apabila Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah berjaya hidu taktik kotor digunakan sekali gus rampas barangan tersebut di Taman Perindustrian Pandamaran, Klang semalam.

Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Pematuhan Kastam, Datuk Seri Zulkifli Yahya berkata, kecemerlangan para anggota dan pegawai dari negeri utara tanahair itu membolehkan pihaknya merampas minuman keras dan daging cukai bernilai RM1.55 juta dengan anggaran duti cukai terlibat sebanyak RMRM893,071.

“Entah di mana silapnya, lori membawa kontena dari India yang didaftarkan membawa daging beku semata-mata itu berjaya keluar dari Pelabuhan Barat di Pelabuhan Klang dengan hanya menggunakan ‘pas pagar’ tanpa perlu mengisi borang Kastam Satu (Pengimportan).

“Keadaan itu membolehkan barangan tersebut keluar dari kawasan kawalan kastam tanpa membayar cukai. Bagi saya ini ini satu kesalahan serius kerana mereka keluar tanpa pemeriksaan kastam seolah-olah kontena ‘terbang’,” katanya

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Kompleks Kastam Kedah di sini, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, kecekapan anggota dan pegawai dari Kedah bagaimanapun berjaya mengesan pergerakan lori tersebut yang akhirnya ditinggalkan di Taman Perindustrian Pandamaran, Pelabuhan Klang.

“Pemeriksaan mendapati hanya bahagian depan kontena tersebut berisi daging beku dari Brazil iaitu sebanyak 273 kotak atau seberat 5,106 kilogram bernilai RM72,840 dengan anggaran cukai terlibat adalah RM7,284.


“Manakala di bahagian belakangnya pula dipenuhi dengan 13,152 bitil minuman keras bernilai RM1,470,600 dengan anggaran cukai terlibat RM885,787,” katanya.

Tambahnya, susulan daripada itu, pihaknya turut menahan seorang ‘tonto’ berusia 38 tahun yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes tersebut.

“Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang mana bagi kesalahan pertama jika disabitkan kesalahan, boleh didenda maksimum 20 kali ganda nilai barangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Ini kes pertama seumpamanya dikesan berlaku di negara ini dan kami tidak akan berkompromi sekiranya ada di antara ‘orang dalam’ yang terlibat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori