Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tengku Zafrul Bincang Dengan...

KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul...

VIDEO: Serang Isteri Ketika...

SATU rakaman litar tertutup (CCTV) yang memaparkan aksi seorang lelaki menyerang wanita menggunakan...

Presiden PKR Berunding Sebelum...

PUTRAJAYA - Keputusan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pelantikan pengerusi negeri...

139 Projek R&D Lulus...

KUALA LUMPUR - Kerajaan telah meluluskan 139 projek berkaitan penyelidikan dan pembangunan (R&D)...

Kaunselor Perlu Tambah Baik Program

SHAH ALAM – Semua kaunselor pendidikan diseru melihat semula program pembangunan, pencegahan dan pemulihan di organisasi masing-masing agar sentiasa dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada kepada mental para pelajar.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, perkara berkenaan adalah penting berikutan Statistik Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan mendapati penyakit mental akan menjadi masalah kesihatan kedua terbanyak selepas penyakit jantung menjelang 2020.

Katanya pendekatan kaunseling konvensional kini perlu mempunyai nilai tambah seiring dengan perkembangan teknologi dan kualiti serta kredibiliti kaunselor pendidikan juga perlu dijaga dan sentiasa berada pada tahap tinggi demi membina kepercayaan.

“Kaunselor pendidikan perlu mewujudkan hubungan yang terapeutik antara klien agar tiada jurang untuk mereka berkongsi masalah, kaunselor juga perlu proaktif dan bukan reaktif dalam isu kesihatan mental ini.

Masyarakat hari ini sudah terbuka minda dan lebih memahami aspek perundangan, mereka tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja yang mereka rasakan tidak melaksanakan tugas dengan betul,” katanya semasa menyempurnakan Persidangan Kaunselor Pendidikan Peringkat Kebangsaan anjuran Bahagian Psikologi dan Kaunseling Kementerian Pendidikan di sini, hari ini.


Teo berkata, statistik terkini juga menunjukkan 29.2 peratus daripada rakyat negara ini yang berumur 16 tahun ke atas mengalami masalah penyakit mental.

“Penyakit mental boleh dikategorikan sebagai derita dalam senyap dan kementerian amat memandang serius akan gejala kesihatan yang menjejaskan kesejahteraan insan,” katanya. – BERNAMA

Kategori