Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

PRK: Benarkan Pekerja Tunai...

KUALA LUMPUR – Majikan sektor swasta diingatkan supaya membenarkan pekerja melaksanakan hak dan...

Aishah AF Tiada Niat...

PETALING JAYA - Penyanyi Aishah Bujang menjelaskan terdapat salah faham maksud yang ingin...

Video: Main Eskalator, Budak...

SELEPAS pelbagai jenis kejadian yang meragut nyawa anak-anak ketika bermain di eskalator dilaporkan,...

Pemain Badminton Perlu Pentingkan...

SEREMBAN - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyokong tindakan Persatuan Badminton Malaysia (BAM)...

KDN Dijangka Lawat Semua IPK Negeri

KOTA KINABALU – Kementerian Dalam Negeri (KDN) dijangka melawat semua negeri bagi melihat keperluan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri masing-masing

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman berkata pengumpulan data mengenai keselamatan dan perancangan masa depan semua IPK negeri akan membolehkan kementerian itu membantu dalam memastikan operasi jabatan itu berjalan lancar.

“Perlu untuk kita turun ke bawah dan melihat keadaan supaya mudah bagi kita di peringkat kementerian untuk memperjuangkan peruntukan yang diperlukan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat IPK Sabah di sini hari ini.

Pada lawatan itu, Mohd Azis mendengar taklimat keselamatan dan perancangan pembangunan IPK Sabah oleh Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah.

Timbalan Menteri itu juga melawat tapak projek pembinaan Ibu Pejabat Daerah Kota Kinabalu di sini yang dijangka siap pertengahan tahun depan.

Turut serta pada lawatan itu ialah Timbalan Ketua Setiausaha KDN Datuk Che Murad Sayang Ramjan. – BERNAMA

Kategori