Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Pengacara ‘Syok Sendiri’ Motif...

PASTI ramai orang di luar sana yang pernah menonton mahupun mendengar rancangan bual...

Negatif Covid-19 Hari Ke-4,...

PUTRAJAYA: Bermula 1 Mei, individu positif Covid-19 boleh dilepaskan daripada pengasingan sekiranya ujian...

Chef Wan Dinobat Tokoh...

ROMPIN – Generasi kedua Felda yang berjaya membawa nama negara ke seluruh pelusuk...

27,500 Kes Covid-19, 115...

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 semalam terus meningkat dengan 27,500 kes dilaporkan berbanding kelmarin...

Kebun Haram Di Cameron Highlands: 23 Ditahan, 11 Didakwa Sejak 2015

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuat tangkapan terhadap 23 individu dan mendapat izin mendakwa 11 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta SPRM 2009 berkaitan pencerobohan tanah serta penerokaan kebun haram di Cameron Highlands sejak 2015 sehingga kini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata SPRM memandang serius dakwaan kegiatan rasuah semakin berleluasa hingga mengakibatkan pencerobohan tanah dan penerokaan kebun haram di Cameron Highlands terus berulang seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan semalam.

“Kejadian penerokaan kebun haram yang berulang tidak sepatutnya timbul dan SPRM memandang serius sekiranya perkara itu ada kaitan dengan isu rasuah atau salah guna kuasa.

“Tindakan undang-undang akan diambil di bawah bidang kuasa suruhanjaya ini bagi menangani isu rasuah tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Azam berkata SPRM berharap pihak berkuasa yang bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang di tanah tinggi itu segera mengambil tindakan sepertimana keputusan Pasukan Petugas Khas Op Gading yang dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.


Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berasas mengenai kegiatan rasuah membabitkan kes pencerobohan tanah dan penerokaan kebun haram di Cameron Highlands untuk melaporkan terus kepada pejabat SPRM terdekat.

“SPRM juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dengan kegiatan rasuah atau salah guna kuasa hingga menyebabkan isu ini berulang,” katanya. – BERNAMA

Kategori