Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Didenda Buat Bisnes Pergigian...

MELAKA - Seorang lulusan Kolej Vokasional didenda RM70,000 oleh Mahkamah Sesyen di Ayer...

RM25,000 Setiap Pemain, Isnin...

PETALING JAYA - Imbuhan wang tunai berjumlah RM25,000 setiap seorang menanti pemain Kedah...

Hanya 20,000 Calon Mohon...

JOHOR BAHARU - Hanya 20,000 calon memohon untuk mengikuti Program myLesen setakat ini...

Ameer Forteen Selamat Bergelar...

“DEBARAN nak naik pelamin sangat berbeza. Rasa berdebar ketika hendak membuat persembahan nyanyian...

“Kecil Punya Hal… Tak Perlu Kecam Janna” – Umie Aida

PELAKON Datin Seri Umie Aida berpendapat terpulang kepada selebriti jika mereka mahu menawarkan perkhidmatan ucapan ulang tahun kelahiran berbayar di laman sosial.

Dalam hal ini, Umie berkata tidak wajar artis dikecam dan ia terpulang kepada peminat untuk menggunakan perkhidmatan berkenaan.

“Pendapat saya, Janna Nick atau artis berhak untuk letak harga servis ucapan birthday, terpulang kepada peminat kalau nak gunakan servis itu atau tidak.

Umie berkongsi pandangan di Instastory.

“Jadi tak perlu kut nak kecam tindakan Janna, semuanya tetap terpulang kepada peminat.

“Kalau mereka rasa berbaloi mereka bayar. Kecil punya hal, mahu serang-serangkah?,” tulisnya.

Umie berkongsi pandangan tersebut menerusi Instastory di laman Instagram miliknya pada Ahad.


Cas sebanyak RM50 untuk ucapan hari lahir.

Menerusi laporan mStar Online pasa Sabtu, Janna Nick diserang netizen selepas kecoh dia mengenakan RM50 bagi rakaman ucapan ulang tahun kelahiran mana-mana individu yang berhajat menggunakan khidmatnya.

Sehinggakan foto terbaharu yang dimuat naik aktres tersebut di laman Instagram turut dihujani dengan komen yang ternyata kurang senang dengan cara perniagaan itu.

Ada pengikut yang mempersoalkan kewajaran pelakon drama Leftenan Zana ini menjalankan perkhidmatan itu kerana dia dilihat seolah-olah mengambil kesempatan terhadap peminatnya. – mStar Online

Kategori