Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Polis Pantau Kuala Kurau...

Bagan Serai : Polis dengan bantuan Pasukan Gerakan Am (PGA) membuat pemantauan di...

FELDA: Bukan Tugas Sukar,...

AKU tiba di pejabat Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Tan Sri Shahrir...

Beyonce Namakan Anak Sempena...

SELEPAS mengumumkan berita kehamilannya menerusi akaun Instagram pada Februari lalu, penyanyi Beyonce sering...

Parlimen: Demonstrasi Desak Azmin...

KUALA LUMPUR - Sekumpulan lebih 20 orang anak muda Selangor mengadakan demonstrasi di...

Kecoh Iklan Pam Susu Samakan Ibu Menyusu Dengan Lembu

SEBUAH syarikat pam susu dikecam dalam talian gara-gara iklan baharunya yang membandingkan kumpulan ibu yang sedang menyusu dengan seekor lembu yang diperah susu.

Dihasilkan sempena pelancaran produk ‘pam susu boleh pakai paling senyap di dunia’, syarikat teknologi pengguna, Elvie, mengeluarkan iklan berbentuk video itu bagi menunjukkan bagaimana ibu-ibu boleh menggunakan pam itu dengan bebas.

Empat orang ibu kelihatan menari di kandang lembu bagi menyesuaikannya dengan lirik: “Ya, menyusu sendiri, tetapi anda tidak melihat ekor dan jika anda tidak sedar, ini bukan kantung susu tetapi ia adalah payudara saya.”

Lagu itu diteruskan dengan korus: “Pam keluar, pam keluar, saya menyusukan bayi saya, pam keluar, saya memerah susu saya.”

Bagaimanapun iklan yang disiarkan di laman Facebook syarikat itu telah mencetuskan kontroversi dalam talian.

Dengan lebih 80,000 tontonan dan beratus-ratus komen, video itu telah menerima pelbagai tindak balas daripada penonton, dengan ramai menyatakan ia adalah sesuatu yang ‘ngeri’.

“Satu keputusan yang teruk menggunakan lembu untuk mengiklankan produk ini.”

“Iklan yang sangat jauh tersasar,” komen seorang lagi pengguna.

Bagaimanapun ada juga pengguna mempertahankan iklan itu dengan seorang wanita mengakui lagu itu lucu.


“Saya rasa ini adalah idea yang genius. Saya akan membeli produk ini jika saya masih menyusu dan mengepam susu memang membuatkan saya rasa seperti seekor lembu.

“Iklan itu agak gila tetapi saya tidak berasa tersinggung. Produk ini genius,” tulisnya.

Seorang lagi memberi komen: “Ini adalah iklan yang menyeronokkan yang ditujukan kepada ibu-ibu yang biasanya mengepam di tempat kerja atau tandas dan berasa seperti seekor lembu.

“Ini bukan iklan memuji atau menilai industri tenusu.”

Pada akhir video itu, kumpulan wanita itu mendedahkan bahawa mereka semua telah menari dengan pam susu terselit di coli yang dipakai mereka.

Konsep di sebalik kempen ini adalah berdasarkan fakta bahawa ramai wanita yang menyusu berkata mereka berasa seperti seekor lembu.

Namun, Elvie Pump tidak menghasilkan sebarang bunyi dan tidak mempunyai wayar atau tiub dan memberikan wanita kebebasan untuk bergerak, memegang bayi mereka, malah keluar semasa sedang mengepam susu. –Independent/mStar Online

Kategori