Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pemberian Bantuan Tidak Seharusnya...

KUALA LUMPUR : Pemberian bantuan kepada mangsa yang terjejas akibat banjir besar yang...

Bekas Timbalan Pengarah Kanan...

SHAH ALAM - Bekas Timbalan Pengarah Kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sekali...

Banjir: Mangsa Di Pahang...

KUANTAN - Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di daerah ini meningkat kepada 51...

1.17 Juta Permohonan i-Lestari...

SEHINGGA 12 April 2020, kerajaan meluluskan 1.17 juta permohonan i-Lestari Kumpulan Wang Simpanan...

Kecoh Lagi Pemilihan PKR

KUALA LUMPUR – Pemilihan PKR cabang Lembah Pantai kecoh dipercayai akibat perebutan pengundi antara kem dalam parti itu.

Tolak menolak dan bertikam lidah juga berlaku antara beberapa ahli yang dipercayai mewakili beberapa kem dalam PKR.

Kekecohan berlangsung kira-kira tiga minit sebelum dapat dileraikan petugas dan pihak polis.

Seorang peraih undi yang mahu dikenali sebagai Fariza mendakwa beliau cuba menarik seorang pengundi sehingga diganggu seorang ahli dari kem lain.

Dakwanya yang mengenakan baju T berlambangkan wajah Datuk Seri Anwar Ibrahim, lelaki itu menyapanya dengan perkataan yang agak biadab sehingga memaksa beliau meninggikan suara.

“Lelaki itu kata ‘apa hal’ ketika saya sedang mendekati seorang pengundi,” dakwanya.


Dipercayai, peraih undi yang memakai baju berwarna hitam dengan wajah Anwar adalah memihak kepada kem Rafizi Ramli.

Menurut seorang lagi peraih undi yang terbabit dalam kekecohan itu, beliau yang enggan namanya didedahkan mendakwa seorang wanita cuba ‘mencuri’ pengundinya.

“Mereka mahu ambil pengundi kita baru sampai masuk kumpulan mereka. Mana boleh,” dakwanya. – BH ONLINE

Kategori