Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kuasai Bahasa Inggeris Dengan...

KUCHING - Seseorang pelajar perlu banyak membaca buku serta berkomunikasi dalam bahasa Ingeris...

UMNO Johor Zahir Keyakinan...

KULAIJAYA - Umno Johor hari ini melahirkan keyakinan penuh terhadap kepimpinan Perdana Menteri,...

Inilah Penyanyi Sebenar Lagu...

KALAU korang nak tahu siapa penyanyi lagu latar filem Dilwale yang tengah meletup-letup...

Warga Bangladesh Mati Dikelar...

SEREMBAN - Seorang lelaki warganegara Bangladesh ditemukan mati dipercayai dibunuh di sebuah rumah...

Kedai Masakan Selera Pantai Timur Diarah Tutup

PUTRAJAYA – Sebuah restoran terkenal dengan hidangan masakan dari pantai timur di Presint 8 di sini diarah tutup selama seminggu selepas pemeriksaan mendapati premis berkenaan kotor.

Notis perintah tutup bermula hari ini hingga 5 November itu dikeluarkan dalam Operasi Bersepadu Periksa Premis Makanan di Putrajaya yang dilaksanakan oleh Perbadanan Putrajaya (PPj) di sekitar pusat komersial Ayer@8.

Menurut Presiden PPj, Datuk Dr. Aminuddin Hassim, berdasarkan pemeriksaan pihaknya mendapati restoran tersebut telah melakukan pelbagai kesalahan seperti keadaan dapur yang kotor dan meletakkan makanan secara tidak teratur.

“Selain itu, kita juga mendapati pekerja di restoran tersebut tidak mengambil suntikan vaksin (pelalian anti-tifoid) dan membuat kerja-kerja pengubahsuaian serta pemasangan papan iklan tanpa mengikut spesifikasi ditetapkan.


“Berikutan itu, kita telah mengarahkan restoran tersebut ditutup dan sebanyak tiga kompaun telah dikeluarkan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Aminuddin berkata, dalam operasi itu juga sebanyak empat premis lain telah diperiksa mengikut peruntukan Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan (Wilayah Persekutuan Putrajaya) 2012 dan Akta Makanan 1983 dengan 11 kompaun dan tiga notis dikeluarkan. – UTUSAN ONLINE

Kategori