Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Adik Terkilan Gambar Kematian...

AWAL pagi hari ini, kita dikejutkan dengan penemuan mayat seorang pegawai polis dengan...

Sultan Johor Berkenan Melawat...

MUAR - Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan mencemar duli melawat...

Polis Terima Laporan Murid...

SEREMBAN - Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai hari ini mengesahkan telah menerima...

Robbi Sapinggi, Wira Yang...

MALIM GUNUNG, Robbi Sapinggi yang terkorban dalam gempa bumi Gunung Kinabalu merupakan seorang Malim...

Keena Mahu ‘Letup’ Indonesia Dengan ‘Seksi Bukan Murah’

KUALA LUMPUR – Penyanyi yang sering tampil dengan imej nakal, Keena Prasista, 29, akan terbang ke Jakarta esok bagi memulakan projek single terbaharunya, ‘Seksi Bukan Murahan’.

Ujar Keena kepada Utusan Online, setibanya di Jakarta, dia akan bergerak ke lebih 15 lokasi jerayawara untuk mempromosikan singlenya termasuk menghadiri temubual di 30 stesen radio terkemuka di seluruh Indonesia.

“Hajat Keena untuk tahun 2018 ini adalah Keena mahu ‘letupkan’ Indonesia dengan lagu ‘Seksi Bukan Murahan’ yang bergenre dangdut sekali gus menjadi halwa telinga wajib bagi penduduk di sana.

“Ini juga adalah satu percubaan berani mati memperkenalkan artis Malaysia dengan lagu baharu di negara jiran sebelum lagu itu dibawa masuk ke Malaysia melalui hebahan peminat dari sana,” katanya.

Mengulas lanjut tentang single terbaharunya, Keena menjelaskan penampilan seksi adalah sekadar imej dan ia bukan bermaksud si pemakai itu menjual diri atau mudah dimiliki oleh sebarangan orang.


Keena yang kini bernaung di bawah I-Global Entertainment & Rousing Muses Studio turut memberitahu, dia di Indonesia digelar sebagai ‘ratu topeng’ kerana sering tampil dengan imej bertopeng sewaktu membuat persembahan.

“Keena ada cuba-cuba untuk berlakon namun bidang lakonan bukan jiwa Keena. Keena lebih suka menyanyi dan tidak akan berputus asa untuk menerokai bidang nyanyian di pelbagai peringkat termasuk terbang ke luar negara.

“Perkara ini juga merupakan antara keunikan yang mewakili diri Keena dan semoga perancangan untuk melebarkan nama Malaysia di persada dunia dapat dilaksanakan dengan baik dengan izin Allah,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori