Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Penagih Dadah Didakwa Bunuh...

MANJUNG - Seorang penagih dadah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seri Manjung, di sini,...

Polis Kesan Penyebar Berita...

KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia...

Stadium Putra Kini Dikenali...

KUALA LUMPUR - Stadium Putra di Bukit Jalil di sini kini dikenali sebagai...

Peniaga Ikan Kerugian RM43,000...

KUANTAN - Seorang wanita peniaga ikan kerugian wang tunai RM43,000 dan barangan berharga...

Kehadiran MP Bukan Isu – Mohamad Ariff

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof berkata kehadiran rendah anggota Parlimen (MP) ke mesyuarat Dewan Rakyat adalah perkara biasa dan ia bukan satu isu.

Mohamad Ariff berkata beliau memahami situasi yang dihadapi MP termasuk menteri dan timbalan menteri sekiranya mereka tidak dapat menunggu sehingga mesyuarat selesai yang kadangkala berlarutan sehingga lewat malam.

“Semua orang faham menteri pun ada urusan di pejabat. Kita bukan macam parlimen Australia, semua berada dalam satu bangunan, kementerian sebelah kiri, Parlimen di tengah, jadi mereka boleh datang secepat mungkin. Tetapi kementerian kita di Putrajaya

“Ini perkara biasa, dari dulu sampai sekarang memang itu Parlimen. Kalau kita pergi parlimen luar negeri, sama sahaja. Kalau (mesyuarat selesai) pukul 12, tidak mungkin hendak ada 222 (anggota Parlimen).

“Selagi ada korum, itu memadai,” katanya selepas Majlis Penyerahan Buku Undang-Undang JANAB’s Law Series kepada Parlimen, di bangunan Parlimen, di sini hari ini.

Katanyaya Hansard (Penyata Rasmi) Parlimen yang merekodkan setiap perbahasan dalam mesyuarat Dewan Rakyat lebih penting berbanding jumlah kehadiran MP.


Isu kehadiran MP ke mesyuarat Dewan Rakyat sekali lagi dibangkitkan semalam oleh Anggota Parlimen Pendang Awang Hashim ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 di Dewan Rakyat.

Beliau mempersoalkan kehadiran sesi petang persidangan semalam yang merekodkan tidak lebih 20 peratus daripada 222 anggota Parlimen hadir. – BERNAMA

Kategori