Tuesday, October 29, 2024

Creating liberating content

Skim Penyelidikan Sejarawan Perlu...

KUALA LUMPUR – Skim penyelidikan sejarawan tempatan perlu diwujudkan bagi memastikan kesinambungan pelapis...

Enggan Main Seks, Suami...

MARAH kerana kehendaknya ingin melakukan hubungan seksnya ditolak, seorang suami di Jempol, Negeri...

Pembuli Minta Maaf Kepada...

SETIAP orang pernah melakukan kesilapan dalam hidupnya dan apa yang penting adalah kesedaran...

RISDA Jejak 145 Pekebun...

SIK - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) sedang mengesan 135...

Kementerian Air Batal Projek Tanpa Tender Terbuka

KOTA KINABALU – Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli membatalkan beberapa projek di bawah kerajaan sebelum ini apabila didapati dijalankan tanpa tender terbuka.

Menterinya, Dr Xavier Jayakumar berkata sebanyak 95 peratus kontrak di bawah kementerian itu sebelum ini menggunakan kaedah tender terhad dan rundingan secara terus dalam projek yang terlibat.

“Sebab itulah di Sabah, kementerian telah membatalkan kontrak yang terlibat dan membuka semula untuk tender terbuka,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Beliau berkata pembatalan itu melibatkan beberapa projek bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci projek yang terlibat.

Dalam pada itu, beliau berkata menjelang pembentangan Belanjawan 2019 pada Jumaat ini, kementerian itu telah menghantar senarai projek pembangunan termasuk di Sabah.

“Memang ada peruntukan untuk Sabah kerana banyak infrastruktur yang perlu dimajukan di negeri ini khususnya berkaitan dengan air yang dikendalikan di bawah kementerian ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori