Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

7,258 Pengguna Jalan Raya...

KUALA LUMPUR – Seramai 7,258 orang pengguna jalan raya telah dikenakan mata demerit...

Pura-Pura Dilanggar Kereta, Wang...

PARIT BUNTAR - Dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal 'naik berang' selepas 'terjatuh'...

Tiga Bot Nelayan Asing...

KEMAMAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Wilayah Timur menahan tiga bot nelayan asing...

Kekurangan Bekalan Minyak Masak...

LARUT - Bekalan minyak masak di pasaran dijamin stabil sepenuhnya Isnin depan, kata...

Kempen Kurangkan Nahas Motosikal Dipertingkat

KUALA LUMPUR – Kempen keselamatan jalan raya perlu dipertingkat dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal, kata Pengerusi Bernama Datuk Seri Azman Ujang.

Jelasnya, kempen kesedaran itu perlu kerana ia melibatkan keselamatan pengguna jalan raya dan mengurangkan kematian membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal yang kini dilaporkan mencecah 5,000 kematian setahun.

Katanya kemalangan membabitkan motosikal juga melibatkan kesan besar seperti kehilangan anggota keluarga dan sumber pencarian rezeki, selain syarikat insurans juga perlu menanggung bayaran ganti rugi yang tinggi kepada mangsa kemalangan.

“Perbincangan boleh diadakan (antara pihak berwajib) dalam mencari jalan untuk mengurangkan had laju motosikal. Kerana di Malaysia, ada segelintir penunggang motosikal yang bukan sahaja tidak mempedulikan lampu merah dan memandu terlalu laju tetapi juga tidak mengendahkan apa-apa peraturan keselamatan.

“Ini berbeza di Vietnam yang mempunyai bilangan penunggang motosikal yang jauh lebih tinggi daripada kita, tetapi masih berdisiplin dan pandu dengan perlahan. Menurut rakan saya di sana, ini kerana mereka tidak mahu terbunuh dan meninggalkan keluarga tanpa tempat bergantung,” katanya.

Azman berkata demikian kepada Bernama News Channel sewaktu ditemui pada majlis penyampaian cek dan sumbangan kepada waris wira-wira bomba tragedi lemas di Puchong, Selangor pada 3 Okt lepas, di sini, hari ini.


Pada majlis itu, jurucakap sebuah badan bukan kerajaan, Safety Horizons, Samad Rahim berkata sebanyak RM50,00 berjaya dikutip ahli badan itu dan syarikat-syarikat yang tampil memberi sumbangan kepada waris wira-wira bomba berkenaan.

Pada 3 Okt lepas, enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) daripada Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang serta Shah Alam, lemas ketika terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki yang terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong. – BERNAMA

Kategori