Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Cadangan Mansuh Akta Berita...

KUALA LUMPUR – Cadangan memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 dijangka dibentangkan pada...

8 Barangan Dikawal Harga...

Kota Kinabalu : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyenaraikan...

Jonathan Intai Slot 100M...

SEPANG – Bekas anak didik Watson Nyambek, Jonathan Nyepa optimis beliau akan disenaraikan oleh  Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM)...

Selangor Penanda Aras Hubungan...

KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat Selangor memainkan peranan besar dalam kemelut dalaman yang...

Kendalikan Lebih Banyak Latihan Kebakaran Di Kawasan Perumahan

KUALA LUMPUR – Lebih banyak latihan kebakaran dan program kesedaran keselamatan kebakaran perlu dikendalikan di kawasan perumahan kerana, menurut laporan, kebanyakan kejadian kebakaran dan tragedi lain berlaku di rumah, kata tokoh keselamatan, Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliau berkata pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan penduduk perlu bekerjasama dengan agensi berkaitan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan Jabatan Kesihatan untuk menganjurkan program seperti itu.

Aktiviti seperti melaksanakan audit keselamatan, mendidik anak tentang bahaya kebakaran dan mengadakan latihan kebakaran perlu dibuat semasa program itu, katanya.

“Setiap tahun, antara 30,000 dan 60,000 insiden kebakaran dilaporkan di negara ini. Secara purata, kira-kira 6,000 premis musnah akibat kebakaran setiap tahun dan kira-kira 40 peratus daripadanya adalah kediaman persendirian.

“Sungguhpun JBPM mengendalikan beribu-ribu ceramah kesedaran keselamatan kebakaran dan latihan kebakaran setiap tahun, lebih banyak yang perlu dilakukan ke arah membantu melengkapkan masyarakat dengan asas pengetahuan keselamatan kebakaran dan kemahiran,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Lee, setiap orang perlu mempelajari kemahiran asas survival sekiranya berlaku kebakaran dan mewujudkan pelan keselamatan serta laluan kecemasan di rumah yang akan membolehkan penghuninya keluar dari premis dengan selamat semasa berlaku kebakaran atau bencana lain.


Beliau berkata ibu bapa mesti menyampaikan ilmu dan berkongsi pelan untuk menyelamatkan diri dengan anak mereka kerana kajian menunjukkan bahawa dengan pengetahuan, kemahiran dan langkah proaktif yang mencukupi, masyarakat dapat meminimumkan risiko kebakaran serta mengawal kebakaran sehingga tiba bantuan daripada profesional.

“Pihak berkuasa juga perlu menggalakkan pemasangan alat pengesan kebakaran, misalnya pengesan asap atau penggera kebakaran memandangkan keselamatan penghuni turut bergantung kepadanya.

“Sungguhpun banyak bangunan komersial dilengkapi peralatan itu, tidak banyak rumah yang memasangnya, malah langsung tidak mempunyai selimut kebakaran atau alat pemadam api di dapur, tempat kebakaran lazimnya bermula,” katanya. – BERNAMA

Kategori