Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pemandu Teksi Gagal Tuntut...

PEMANDU teksi yang menyokong Pakatan Harapan dalam pilihan raya lalu hingga berjaya menggantikan...

Lawyers For Liberty Dakwa...

Badan bukan kerajaan (NGO) Lawyers for Liberty melalui Pengarah Eksekutifnya Eric Paulsen hari ini,...

Korban Kepentingan Politik Sokong...

KUALA LUMPUR - PAS menyeru umat Islam Malaysia terutama Ahli Parlimen melakukan pengorbanan...

Denda Bakal Dikenakan Di...

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT) akan mendenda...

Kenyataan Letak Jawatan Tun Mahathir Mungkin Hanya Reaksi Spontan

LANGKAWI – Kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk meletakkan jawatan hanyalah reaksi spontan terhadap tindakan beberapa orang pengusaha teksi yang mencemuhnya dalam satu perjumpaan di sini semalam.

Menurut Pertubuhan Industri Pelancongan Langkawi (PIPL), sikap segelintir pemandu teksi yang mengeluarkan kata-kata kesat dalam majlis itu sehingga memaksa Dr Mahathir membuat kenyataan itu bukanlah budaya yang ada di Langkawi.

“Amatlah rugi kalau kita sudah ada perdana menteri sebagai Ahli Parlimen Langkawi dan kita (menunjukkan sikap) tidak mahu memanfaatkannya mungkin membuatkan Tun berkecil hati sehingga terkeluar kenyataan seperti itu,” kata Timbalan Presiden PIPL, Datuk Seri Mohd Shukri Mohd Nadzir hari ini.

Dalam insiden itu, beberapa orang pemandu teksi bertindak meninggalkan majlis sambil mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Dr Mahathir setelah tidak bersetuju dengan beliau berhubung isu mengatasi persaingan perkhidmatan teksi dengan perkhidmatan e-panggilan, Grab.

Susulan tindakan itu, Dr Mahathir berkata beliau hanya ingin membantu pengusaha-pengusaha teksi ini dan bersedia untuk meletakkan jawatan sebagai perdana menteri jika khidmatnya tidak diperlukan.

Sementara itu, Presiden PPIL, Ahmad Phisol Ishak berkata sebagai manusia memang lumrah seseorang akan merasa kecewa dengan sikap yang tidak beretika ditunjukkan oleh mereka yang ingin dibantunya.


Menurutnya kesempatan untuk bertemu terus dengan perdana menteri bagi menyelesaikan masalah jarang diperoleh di tempat lain dan kesempatan yang ada sepatutnya digunakan dengan sebaik-baiknya.

“Sikap-sikap yang ada segelintir itu memang bukan sikap orang sini. Itu bukan sikap orang Langkawi. Apa yang saya faham orang Langkawi adalah orang yang bersopan santun… penuh dengan adab mereka,” katanya.

Beliau turut meminta persatuan yang diwakili pengusaha teksi yang terlibat itu untuk menasihati mereka supaya memohon maaf secara terbuka dan memikirkan secara lebih meluas keutamaan untuk membolehkan rakyat di Langkawi maju lebih jauh lagi.

“Kita tidak hendak benda ini berpanjangan. Memanglah kalau kita pun akan terasa juga (kalau dilemparkan kata-kata cemuhan) dan memang tak sepatutnya terjadi isu-isu beginii. Kita berharap pada masa hadapan, benda ini tidak akan berulang,” katanya. – BERNAMA

Kategori