Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Keputusan Siasatan Bunga Api...

KLANG - Keputusan siasatan dalaman berhubung insiden bunga api meletup dan mencederakan 14...

Gugurkan Visa Untuk Pelancong...

KUALA LUMPUR - Malaysia 'hilang' tukaran mata wang daripada pelancong yang ke negara...

Calon PH Ingkar PM...

BIADAB... Tidak sampai 24 jam Tun Dr. Mahathir Mohamad dakwa Pakatan Harapan (PH)...

3 Lelaki Termasuk Ketua...

JASIN - Polis menahan tiga lelaki termasuk ketua kumpulan 'Geng Alif' yang dipercayai...

‘Kepada Yang Pergi, Biarkan Mereka Pergi’

SHAH ALAM – Kepemimpinan UMNO sepatutnya menumpukan usaha ‘menghidupkan’ kembali UMNO, bukan sibuk menyerang pemimpin yang meninggalkan parti itu.

Bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, berkata, UMNO tidak perlu panik apabila ramai pemimpinnya bertindak keluar parti selain perlu bersikap terbuka berhubung perkara itu.

“Sejak dahulu lagi ramai pemimpin UMNO keluar dan masuk semula ke dalam UMNO. Malah, UMNO pernah kehilangan ramai pemimpin berpengaruh, jadi bukan sesuatu yang pelik apabila ada yang meninggalkan UMNO.

“Sudah berapa kali Dr Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) meninggalkan UMNO? Sebelum ini pun pemimpin berpengaruh seperti Tun Musa Hitam dan Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah) pun keluar UMNO, malah Tunku Abdul Rahman juga (keluar UMNO).

“Saya sendiri pun pernah keluar UMNO dan kalau saya hendak sebut ramai lagi pemimpin yang pernah meninggalkan UMNO,” katanya kepada NSTP di sini, hari ini.

Muhammad yang juga bekas Menteri Besar Selangor, berkata sejarah membuktikan UMNO masih mampu bertahan sebagai sebuah institusi yang kuat walaupun kehilangan pemimpin yang berpengaruh.

“UMNO tidak perlu menangisi pemimpin yang keluar selepas gagal membentuk kerajaan pada PRU-14 (Pilihan Raya Umum Ke-14). Kepada yang pergi, biarkan mereka pergi.


“Sekarang terserah kepada kepemimpinan UMNO yang diberi kepercayaan ahli akar umbi untuk memastikan UMNO terus bertahan dalam politik negara. Percayalah UMNO kuat kerana akar umbinya kuat,” katanya.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman meninggalkan UMNO.

Turut keluar UMNO ialah Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali; Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal.

Turut mengambil langkah sama ialah veteran UMNO Tan Sri Syed Hamid Albar dan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee. – BH Online

Kategori