Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Isu Penstrukturan Lewatkan Loji...

KUALA LUMPUR - Isu penstrukturan air serta pertukaran kerajaan negeri di Selangor menyebabkan...

Jemaah Terkandas: Reman Terhadap...

KUALA LUMPUR - Lima individu termasuk sepasang suami isteri pemilik syarikat pelancongan yang...

Pelajar Dituduh Curi iPhone...

GARA-GARA dituduh mencuri telefon bimbit milik seorang guru, seorang pelajar tingkatan dua kini...

Kenang Paul Walker, Vin...

Bagi mengenang Paul Walker sebagai pelakon utama filem Furious 7, Vin Diesel berkongsi...

Kepingan Ais Misteri ‘Sebatu Lebar’ Hanyut Di Antartika

NASA berjaya menjejaki satu kepingan ais gergasi di Antartika, baru-baru ini.

Kepingan ais misteri yang berbentuk segi empat itu ternyata menimbulkan persoalan ramai.

Hasil siasatan, NASA menyimpulkan bahawa ia berkemungkinan kepingan ais yang terpisah akibat pencairan ais yang semakin meruncing.

Kepingan ais berbentuk segi empat dengan permukaan rata itu dikenali sebagai tabular iceberg.

“Ia mempunyai bucu dengan permukaan landai, berkemungkinan ia baru terpisah dengan gugusan ais lain.,” ujar pihak NASA.

Imej berkenaan dirakam menerusi penerbangan IceBridge dan ia dikatakan bersaiz hampir sebatu lebar.


Pada Julai 2017, satu rekahan ais gergasi pecah di bahagian Lersen C, Antartika.

Rekahan ais bersaiz 5,800 kilometer persegi itu dikenali sebagai Iceberg A-68.

Pihak NASA juga percaya rekahan ais gergasi berbentuk segi empat tersebut berasal dari pembentukan asal yang pecah pada 2017. – DailyMail/mStar Online

Kategori