Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Jenazah Pensyarah Pulang Ke...

KUALA LUMPUR - Jenazah Dr. Fadi Mohammed Al Batsh, pensyarah dan imam warga...

Pembangkang Lain Pun Mahu...

KUALA LUMPUR - PAS menyelar beberapa parti pembangkang lain yang sangat marah dengan...

Segala Yang Anda Perlu...

PENYAKIT deman akibat virus Zika umumnya merebak melalui gigitan nyamuk jenis aedes, namun...

Polis Lempang Ibu Sampai...

ADA kisah di sebalik video tular yang menunjukkan seorang pegawai polis tiba-tiba menampar...

Keputusan Mustapa Dapat Bantu Perkukuh PPBM

ALOR SETAR – Keputusan Anggota Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dilihat dapat bantu perkukuh parti selain merangka hala tuju yang jelas kepada negara.

Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan itu dilihat sebagai satu aset yang membolehkan PPBM memiliki 14 anggota Parlimen berbanding 13 orang sebelum ini.

“Tindakannya menyerahkan borang ahli untuk sertai PPBM sangat dialu-alukan dan saya sangat seronok saksikan kehadirannya dalam parti kerana seperti yang kita tahu dia sangat berwibawa dan sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dahulu dia mempunyai prestasi cemerlang.

“Kita boleh jalinkan kerjasama kukuhkan parti, negeri dan negara. Buat masa ini kepimpinan PPBM belum berbincang menyerahkan sebarang jawatan kepadanya tetapi apa yang pasti kita sangat nantikan aksi perbahasannya dalam Parlimen,” katanya ketika menghadiri AOR Festival di Dataran Balai Besar di sini, hari ini.

Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan Mustapa yang menyerahkan borang keahlian kepada Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu majlis di Petaling Jaya, semalam.


Pada 18 September lalu, Mustapa mengumumkan keluar UMNO selepas lebih 40 tahun berkhidmat untuk parti itu.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada terdapat kepimpinan tertinggi UMNO lain yang akan menyertai PPBM, Mukhriz dengan berseloroh berkata: “kita tunggu dan lihat”. – BERNAMA

Kategori