Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Isu Joe Digugurkan: “Biar...

VOKALIS Wings iaitu Awie enggan mengulas berkaitan kemelut yang melanda kumpulan legenda itu...

Keadaan Sekitar Plaza Low...

KUALA LUMPUR - Keadaan di sekitar Plaza Low Yat, yang dicemari insiden rusuhan...

RM800 Juta Kos Keseluruhan...

KANOWIT (Sarawak) - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini seharian...

“Perjuangan DAP Satu Jihad,”...

KUALA LUMPUR - Perjuangan parti DAP dan sekutunya dalam Pakatan Harapan adalah jihad...

Kerajaan Akan Penuhi Obligasi Hutang 1MDB

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memenuhi obligasi membayar hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berjumlah RM211.3 juta, yang bertarikh akhir 18 Oktober, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Beliau berkata, langkah kerajaan untuk membayar secara segera dan tanpa mengingkari obligasi hutang itu akan mengekalkan penarafan kredit antarabangsa Malaysia.

“Kerajaan tidak akan membenarkan Malaysia untuk ingkar dan hutang berkenaan adalah ditanggung Malaysia.

“Kita sudah pasti membayarnya, memenuhi komitmen undang-undang, komitmen sah yang dibuat oleh kerajaan sebelum ini, kita tidak akan ingkar,” katanya kepada pemberita di luar Persidangan Malaysia: Harapan Baharu Pelabur di sini, hari ini.

Lim juga berkata, kerajaan juga telah mendapatkan nasihat daripada Jabatan Peguam Negara.


“Kita tidak akan mengingkarinya kerana jika berbuat demikian ia akan menyebabkan penarafan antarabangsa kita diturunkan,” katanya. – BERNAMA

Kategori