Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Ummah Rancang Himpunan Gergasi...

KUALA LUMPUR - Mana-mana pihak yang cuba bersekongkol dengan agenda untuk menggugat kedaulatan...

113 Produk Kesihatan Tidak...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 113 produk kesihatan bernilai RM2.48 juta dirampas tahun lepas...

Militan Daesh Sedia Menyerah...

MARAWI - Sebahagian militan Daesh yang dikepung di bandar ini menghantar ‘utusan’ bahawa...

Polis Tawau Tahan Tiga...

TAWAU - Tiga lelaki yang dipercayai terlibat dengan kegiatan pecah rumah di daerah...

Timbang Semula Terma Kontrak Keselamatan

KUALA LUMPUR – Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) menggesa kerajaan menilai semula terma kontrak keselamatan antara Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan 800 syarikat kawalan keselamatan di seluruh negara.

Presidennya, Datuk Seri Mustapa Ali, mendakwa kontrak sedia ada yang disediakan kerajaan itu hanya menguntungkan sebelah pihak apabila syarikat kawalan keselamatan terpaksa membayar kos tidak munasabah disebabkan kelewatan pembayaran oleh kementerian atas perkhidmatan diberikan.

Katanya, sejak pertukaran kerajaan, tunggakan bayaran perkhidmatan keselamatan dianggarkan lebih RM300 juta bagi tempoh sekurang-kurangnya enam bulan.

“Disebabkan kelewatan pembayaran ini, banyak syarikat kawalan keselamatan bukan saja terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri, malah terpaksa membuat pinjaman daripada institusi kewangan untuk membayar gaji pengawal keselamatan.

“Pada masa sama, mereka juga perlu membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) biarpun tidak menerima bayaran daripada agensi yang menggunakan perkhidmatan mereka.

“Kebanyakan syarikat ini diusahakan oleh pesara tentera atau polis yang sewajarnya diberi peluang,” katanya pada sidang media selepas Sesi Dialog Bersama Agensi Kerajaan di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (IKLAP) di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalannya, Datuk Seri Ramli Yusuff. Antara agensi yang hadir dalam perjumpaan khusus membincangkan isu kelewatan pembayaran bagi perkhidmatan diberikan kepada agensi kerajaan itu termasuk wakil Kementerian Kewangan, Kementerian Pendidikan dan KWSP.

Mustapa yang berpengalaman 25 tahun dalam industri keselamatan berkata, masalah itu turut menyumbang kepada penurunan tahap perkhidmatan pengawal keselamatan kerana majikan tidak dapat melunaskan gaji mereka.

“Ini menyebabkan ada pengawal keselamatan yang ponteng kerja disebabkan tidak dapat gaji sedangkan perlu menanggung keluarga.

“Selain itu, dianggarkan 30 peratus syarikat keselamatan terpaksa gulung tikar akibat masalah ini, malah ada pengusaha terpaksa menjual harta benda seperti rumah, kereta dan tanah untuk menampung kos operasi termasuk gaji pekerja,” katanya sambil memaklumkan beliau sendiri terpaksa jual rumah.


Mengulas lanjut, Mustapa berkata pihaknya akan mengadakan perjumpaan dengan Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat bagi memperhalusi kontrak berkenaan.

“Kami juga mendesak kerajaan supaya jangan menggunapakai Arahan Perbendaharaan 58 bagi industri perkhidmatan kawalan keselamatan, sebaliknya ia diganti dengan sistem yang sama dengan sektor lain.

“Kerajaan perlu mematuhi terma bayaran perkhidmatan kawalan keselamatan dalam tempoh 14 hari daripada penerimaan invois,” katanya.

Sementara itu, dalam sesi dialog itu, wakil Kementerian Pendidikan memaklumkan pihaknya sudah menerima peruntukan daripada Kementerian Kewangan dan bayaran tunggakan sehingga November depan akan dibuat mulai hari ini hingga Ahad.

Dalam pada itu, Mustapa berkata pihaknya tidak teragak-agak mengadakan mogok besar-besaran membabitkan 200,000 pengawal keselamatan sekiranya masalah pembayaran tunggakan itu tidak selesai.

“Alhamdulillah, kita lihat dalam tiga hari ini Kementerian Kewangan akan menyelesaikan bayaran tunggakan ini.

“Jika tiada penyelesaian kita akan adakan mogok, malah sudah ada bajet untuk buat demonstrasi besar-besaran,” katanya.

Sementara itu, difahamkan, Kementerian Pendidikan adalah pelanggan terbesar bagi industri kawalan keselamatan dengan 50,000 pengawal keselamatan bertugas di 12,000 sekolah seluruh negara. –BH Online

Kategori