Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Angkasawan Naiki Soyuz Kembali...

CAPE CANAVERAL - Seorang angkasawan NASA dan dua angkasawan Russia berpindah ke dalam...

Banjir Di Kuantan Pulih,...

KUANTAN - Jumlah mangsa banjir di Pahang berkurangan kepada 1,532 orang yang ditempatkan...

Deja Moss Dedah Punca...

PENYANYI bersuara lantang, Deja Moss mendakwa rumah tangganya bersama Azfendy Azzuddin Ahmad mula...

Ibu Bunuh, Kerat Bayi...

JAKARTA - Seorang wanita yang dipercayai mengalami masalah mental bertindak kejam apabila membunuh...

Kerajaan Kedah Nafi Mesej Tular Mengenai Mukhriz

ALOR SETAR – Kerajaan negeri hari ini menafikan mesej yang tersebar di media sosial mendakwa Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir akan menggantikan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang didiagnosis menghidap kanser pankreas.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pelancongan, Seni dan Budaya dan Pembangunan Keusahawanan negeri, Mohd Asmirul Anuar Aris berkata sehingga kini, kerajaan negeri yang diterajui Mukhriz berjalan seperti biasa tanpa sebarang masalah.

“Semua itu khabar angin sahaja.. benda ini pernah dimainkan sebelum ini dan perkara biasa dalam politik tapi setakat ini tiada sebarang perubahan dalam pentadbiran kerajaan negeri,” katanya ketika ditemui di program Hari Sukan Negara peringkat negeri di sini, hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Mohd Fisol Jaafar berkata mesej yang mula tersebar sejak Khamis lalu itu adalah fitnah, tidak benar dan bersifat nakal.

“Mesej yang tersebar itu adalah tidak benar dan fitnah. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) juga telah mengeluarkan kenyataan dan menyangkal dakwaan tersebut menerusi Facebook rasminya dengan berkongsi gambar yang tertera dengan perkataan ‘Fitnah’,” katanya.

Mesej yang dipercayai disebarkan sejak semalam itu menyatakan Anggota Parlimen Sungai Petani dan ADUN Gurun, Datuk Johari Abdul akan menggantikan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah dan mendakwa Muhyiddin bakal meletakkan jawatan kerana faktor kesihatannya. – BERNAMA

Kategori