Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Najib Mengaku Tidak Bersalah...

TEGAS... Datuk Seri Najib Razak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di ibu...

GV3: Intan Sedar Ada...

SHAH ALAM - Penyanyi Intan Sarafina mengakui sedar ada segelintir pihak dalam industri...

8 Mayat Disemadikan 632...

NEW DELHI - Lapan mayat yang disimpan di bilik mayat sebuah hospital di...

Pejuang ISIS Mati Akibat...

Iraq ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā‚¬Å“ Seramai 45 anggota kumpulan militan negara Islam (ISIS) meninggal dunia bukan...

Kerajaan Negeri Johor Lancar Sistem I-Psikologi Ganti Sistem Manual

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan negeri hari ini melancarkan sistem i-Psikologi bagi menggantikan sistem manual yang digunakan ke atas penjawat awam di negeri sebelum ini.

Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian berkata ujian berkenaan merupakan ujian psikologi secara bertulis dalam talian bagi kakitangan kerajaan di negeri ini.

Dalam meningkatkan kesihatan mental di kalangan penjawat awam dan masyarakat, beliau berkata adalah penting untuk memahami bahawa tekanan psikologi yang dialami di tempat kerja, persekitaran tempat tinggal dan keluarga adalah berkait rapat dengan faktor kekuatan dan kelemahan diri dan serta latar belakang keluarga individu tersebut.

Selain itu, adalah penting juga untuk melihat bagaimana cara individu tersebut mengadaptasi dirinya dengan situasi, kata Osman.

“Ujian psikologi ini merupakan kompilasi pelbagai ujian penaksiran psikologi dan kaunseling bagi memudahkan kita menilai tahap psikologi tanpa bertemu kaunselor. Antara ujian yang disertakan termasuklah ujian stress dan ujian kemurungan,” kata beliau ketika berucap melancarkan Seminar i-MOVE Kerajaan Johor 2018 di Kompleks Sukan Educity, di sini hari ini.

Menteri Besar juga berkata kajian impak dan keperluan penambahan bilangan kaunselor dan pegawai kaunseling akan turut dipertimbangkan dalam usaha menambahbaik penyampaian perkhidmatan psikologi dan kaunseling di negeri ini.

ā€œKlinik kaunseling dan promosi perkhidmatan kaunseling dan psikologi juga boleh dilaksanakan bagi memenuhi permintaan dan keperluan perkhidmatan ini yang semakin hari semakin diperlukan oleh penjawat awam dan masyarakat.


ā€œDi kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada kumpulan pemikir yang berjaya merealisasikan Sistem i-Psikologi Kerajaan Johor dan memenangi Anugerah Emas dalam Seminar Antarabangsa Inovasi Psikologi dan Kaunseling yang telah diadakan di Brunei baru-baru ini, ā€œ katanya lagi.

Sementara itu, Seminar i-MOVE 4 adalah bertujuan mendidik penjawat awam untuk lebih menghayati keperluan penjagaan diri dari aspek mental di samping mewujudkan penjawat awam yang lebih berketerampilan dan mesra pelanggan.

Seminar i-MOVE 4 bagi tahun 2018 pada kali ini akan memberikan penekanan terhadap aspek pembangunan sikap serta personaliti ke arah membentuk keperibadian dan jati diri yang unggul.

Turut diadakan di majlis itu adalah majlis ikrar bebas rasuah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) seluruh Johor. – BERNAMA

Kategori