Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Perompak Larikan RM500,000 Dari...

GEORGE TOWN - Seorang pengawal keselamatan melepaskan lima das tembakan ke arah dua...

Pekerja Dipecat Kerana Kata...

ATLANTA - Kakitangan sebuah sekolah di Georgia dipecat selepas dia menggambarkan Wanita Pertama...

Rakyat Tak Perlu Jadi...

MARANG - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak perlu menjadikan rakyat sebagai ‘hakim’...

Keberanian Kapten(B) Hamid Awang...

KUALA LUMPUR - Keberanian serta semangat patriotisme Allahyarham Kapten (B) Datuk Hamid Awang...

Kerajaan PH Batalkan 4,000 Projek Rakyat?

PAS menuntut penjelasan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung dakwaan lebih 4,000 Projek Mesra Rakyat di setiap Parlimen di seluruh negara yang telah diluluskan dibatalkan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, projek yang dibatalkan kerajaan PH tersebut sangat memberi faedah langsung kepada rakyat khususnya di kawasan luar bandar.

“PAS telah menunggu penjelasan selama empat hari dari Menteri Kewangan (Lim Guan Eng), tetapi masih tiada jawapan.

“Sebenarnya untuk pengetahuan umum, lebih 4,000 projek tersebut adalah projek khas dan melibatkan peruntukan dana dari Kerajaan Persekutuan serta diseliakan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU).

“Hanya terdapat beberapa projek sahaja yang diberikan kepada pejabat daerah sebagai pelaksana tapi ia masih lagi tertakluk kepada Kerajaan Persekutuan,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kerajaan PH sejak mengambil pentadbiran negara daripada Barisan Nasional (BN) sering memberi alasan Malaysia berhadapan hutang yang tinggi apabila isu kewangan dibangkitkan oleh mana-mana pihak.


Ia termasuk berhubung pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang ditukar nama kepada Bantuan Sara Hidup(BSH) dikurangkan sedangkan kerajaan terdahulu menjayakan program berkenaan dengan lancar.

Dalam pada Nasrudin turut meminta Menteri Kewangan menjelaskan dakwaan mengenai tuntutan pembayaran projek yang masih tidak dilunaskan kepada kontraktor Bumiputera berjumlah puluhan juta ringgit.

Menurut beliau, berdasarkan maklumat yang diterima, dalam minggu ini juga, pihak persatuan kontraktor telah menghantar satu surat tuntutan pembayaran segera kepada pihak ICU.

“Semua pembayaran kepada kontraktor Bumiputera tersebut dikatakan telah disekat oleh Menteri Kewangan. Oleh itu, PAS menuntut dua isu utama ini dijelaskan dengan segera dan penuh tanggungjawab oleh Menteri Kewangan,” katanya. – Mynewshub.tv

Kategori