Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Kehilangan Kakak Di 1...

MENGIMBAS kembali kenangan buruk yang berlaku pada pagi Aidilfitri tahun tahun lalu, aktres...

Kapal tangki Jerman ditahan...

LUMUT : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah kapal tangki yang...

Suami Isteri Paling Bertuah,...

SEPASANG suami isteri di United Kingdom tidak menyangka dapat membawa pulang dua buah kereta...

Kerajaan Tak Pernah Cadang...

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak pernah bercadang untuk menaikkan kadar Cukai Barang dan...

Kerajaan Sarawak Sokong Perkhidmatan Paliatif

KUCHING – Kerajaan Sarawak menyokong penuh perkhidmatan penjagaan paliatif dan akan menyediakan bantuan kewangan kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang memberikan perkhidmatan itu kepada orang ramai.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak negeri Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata kerajaan Sarawak bukan sahaja memberi penekanan terhadap pembangunan fizikal tetapi juga pembangunan kesejahteraan sosial.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan empat organisasi yang menyediakan perkhidmatan penjagaan paliatif di Sarawak – Persatuan Kanser Negara Malaysia Cawangan Sarawak, Wad Penjagaan Paliatif, Hospital Umum Sarawak, Kuching Life Care Society dan Two Tree Lodge Hospice Kuching untuk tingkatkan kerjasama dan merumuskan hala tuju pelan strategik untuk meningkatkan standard perkhidmatan mereka.

Fatimah berkata beliau akan mengadakan mesyuarat dengan wakil empat organisasi itu untuk mengetahui keperluan dan perancangan mereka bagi merumuskan hala tuju pelan strategik itu bersama-sama.

“Empat organisasi ini perlu merumuskan hala tuju pelan strategik dan holistik serta sumber untuk menambah baik perkhidmatan mereka, sumber dan program pendampingan bagi perkhidmatan penjagaan paliatif di Sarawak,” katanya dalam ucapan selepas menghadiri ceramah oleh wakil empat organisasi itu semasa melawat Pusat Perkhidmatan Penjagaan Paliatif Two Tree Lodge Hospice Kuching di sini, hari ini.

Fatimah turut memuji peranan dimainkan empat organisasi itu selama ini yang saling melengkapi keperluan antara satu sama lain, sekali gus memberi manfaat kepada pesakit dan anggota keluarga mereka.

“Ia tugas murni yang perlukan sokongan semua orang,” katanya dan menurutnya kerajaan negeri sudah semestinya menyokong program seumpama itu.


Beliau mencadangkan lebih ramai orang dilatih dalam penjagaan paliatif serta lebih banyak latihan dianjurkan kepada sukarelawan dan menurutnya media juga perlu terlibat dalam memberikan lebih banyak publisiti tentang perkhidmatan penjagaan paliatif.

“Pada ketika ini tidak begitu ramai orang tahu tentang perkhidmatan penjagaan paliatif dan terdapat keperluan untuk orang ramai memberi sokongan terhadap perkhidmatan ini,” katanya.

Berhubung pembiayaan kewangan dan premis untuk beroperasi, Fatimah berkata beliau akan meneliti perkara itu dan menasihatkan mereka untuk mengemukakan pelan konkrit kepada kementerian untuk tujuan itu.

Mereka yang menyampaikan ceramah ialah Dr Angel Wong Yin Yee daripada Wad Penjagaan Paliatif Hospital Umum Sarawak, pakar onkologi dan pengarah perubatan Two Tree Lodge Hospice Kuching Dr Winnie Ling Hui Yee, jururawat penjagaan paliatif Persatuan Kanser Negara Malaysia Cawangan Sarawak Nooraish Shamat, wakil Kuching Life Care Society Hung Sung Huo dan jururawat penjagaan paliatif Two Tree Lodge Hospice Kuching, Niensi Atarah Akiu.- BERNAMA

Kategori