Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Elaun Ahli Parlimen Bakal...

Ahli Parlimen dijangka akan mendapat kenaikan elaun dan gaji pada pembentangan Bajet 2015...

Selendang Hijau ‘Ikatan Terakhir’...

TERTEKAN akibat hubungan tidak direstui keluarga, sepasang kekasih nekad mengikat badan mereka dengan...

50% Pesakit Di ICU...

PUTRAJAYA - Sebanyak 50 peratus pesakit koronavirus (Covid-19) di Unit Rawatan Rapi (ICU)...

Bekas Pengarah Kemas Didakwa...

SHAH ALAM - Bekas Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Selangor, Mohd Adnan Md...

Kerani Wanita Buat Laporan Palsu Wang RM10,000 Disamun

BUKIT MERTAJAM – Polis menahan seorang kerani kerana membuat laporan polis palsu yang mendakwa wang RM10,000 milik majikannya yang terdapat dalam beg tangannya disamun dua lelaki dalam kejadian di tempat parkir di hadapan sebuah bank di Juru Auto City, di sini Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata wanita berusia 22 tahun itu membuat laporan polis pada Ahad lepas dan mendakwa kejadian samun berkenaan berlaku pada pukul 7.45 malam sehari sebelum itu ketika dia sedang berjalan ke keretanya.

“Namun hasil siasatan mendapati wanita itu membuat laporan palsu dan mengaku wang sebanyak RM12,500 yang diberikan majikannya iaitu seorang lelaki warga China pada Julai lepas telah digunakannya namun dia tiada duit untuk membayar semula.

Wang itu sepatutnya untuk membayar sebuah syarikat pengawal keselamatan dan wanita tersebut mendakwa dia membuat laporan polis palsu berkenaan kerana mahu meminjam duit daripada anggota keluarganya dengan menunjukkan laporan dia disamun tersebut supaya mereka bersimpati,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata kerani terbabit mendakwa dia menggunakan wang yang diberikan majikannya itu kerana sudah dua bulan tidak mendapat bayaran gaji sebanyak RM4,000.

Nik Ros Azhan berkata siasatan mendapati sebahagian wang RM12,500 itu telah digunakan wanita berkenaan manakala sejumlah lagi dipinjamkan kepada rakannya.


“Berikutan itu, polis menahan wanita berkenaan dan dia juga beritahu daripada keseluruhan wang tersebut, hanya tinggal RM2,000 dan ia dalam simpanannya. Polis merampas duit itu di rumahnya di Taman Desa Mutiara Indah, Sungai Petani di Kedah,” katanya.

Katanya wanita itu kini direman selama empat hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat laporan palsu kerana polis akan menjalankan siasatan rapi dan sejak bulan lepas pihaknya menerima banyak laporan palsu terutama berkaitan samun wang tunai. – BERNAMA

Kategori