Friday, July 5, 2024

Creating liberating content

Parlimen Mongolia Lulus Usul...

ULAN BATOR - Parlimen Mongolia meluluskan usul untuk menyingkir Perdana Menteri, Norov Altankhuyag...

Kementerian Pengangkutan Akan Naik...

Kementerian Pengangkutan (MOT) akan menaik taraf Unit Logistik di bawah Bahagian Dasar, kepada...

Jurujual Tayang ‘Berlian Asli’...

SEORANG jurujual wanita di sebuah kedai jualan barang kemas di China sanggup melakukan...

Guru ‘Terlampau’ Ajak Murid...

JAKARTA - Seorang guru sekolah rendah di daerah Glagah, Banyuwangi, Jawa Timur didakwa...

Kes Langgar Lari: Suspek Utama, 3 Lain Direman 5 Hari

SEPANG – Suspek utama kes langgar lari sehingga mengakibatkan kematian seorang pekerja Telekom Malaysia Bhd (TM) Unifi di Shaftsbury Square, Cyberjaya Rabu lepas direman lima hari bermula hari ini.

Majistret Yusna Khadijah Md Yusop membenarkan lelaki warga Libya berusia 23 tahun itu direman bagi membantu polis menjalankan siasatan lanjut berhubung kemalangan itu.

Turut direman bagi tempoh sama ialah dua rakannya warga Yemen, 22, dan Libya, 20, kerana dipercayai melindungi suspek utama.

Sebelum ini, suspek utama itu direman lima hari di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dengan tempoh tahanan berakhir hari ini.

Menurut peguam suspek Mohd Redhuan Mohamed Yusoff, kesemua suspek itu kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Dalam kes langgar lari itu, di mana video kejadian itu tular, mangsa Penolong Pengurus GTM Event Sales, Wan Amirah Wan Alias, 31, meninggal dunia selepas dibawa ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan lanjut. – BERNAMA

Kategori