Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Adun Pengkalan Kubor Meninggal...

KOTA BHARU - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN)Pengkalan Kubor Datuk Noor Zahidi Omar...

Kerajaan, SPR Perlu Kaji...

KUALA LUMPUR: Kerajaan terutamanya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa agar mencari kaedah terbaik...

Bayar Bil Tertunggak Segera,...

KUALA LUMPUR - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) hari ini mengingatkan...

Soorya India Sasar RM40,000...

KUALA LUMPUR - Festival Soorya India 2017 menyasarkan kutipan RM40,000 daripada persembahan amal dua harinya  yang...

Kes Rosmah Dapat Perhatian Netizen Dalam Media Sosial

KUALA LUMPUR – Media sosial dan portal berita menjadi tumpuan netizen dalam dan luar negara mengikuti proses pendakwaan isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Rosmah Mansor berhubung kes pengubahan wang haram, hari ini.

Setakat 11.10 pagi, akaun media sosial Facebook, Twitter dan Instagram serta beberapa saluran media lain yang memaparkan lintas langsung kes itu di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini, dihujani pelbagai komen dan reaksi netizen.

Pelbagai komen dilontarkan netizen dengan seorang pengguna Facebook, Failiz Tid berharap Rosmah diberi peluang membela diri.

Biarlah mahkamah tentukan, kalau benar merompak hak negara dan rakyat, biarkan dia (Rosmah) menerima hukuman, katanya.

Seorang lagi pengguna Facebook, Sara Velu memberi komen “Bring justice to our country and to the rakyat even though its sad to see (Tegakkan keadilan kepada negara dan rakyat meskipun sedih untuk melihatnya),” katanya.


Rosmah tiba di lokasi itu kira-kira 8.27 pagi dengan sebuah kenderaan dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya.

Semalam, SPRM mengesahkan telah menahan Rosmah berhubung siasatan pengubahan wang haram setelah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara. — BERNAMA

Kategori