Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Nam Ron Sedia Dikritik...

BERPAKAIAN wanita dan bersolek seperti wanita tulen! Namun itu imej Nam Ron apabila...

Rasuah Dalam Kalangan Penjawat...

SHAH ALAM – Penglibatan kakitangan awam dalam kegiatan rasuah dalam tempoh lima tahun...

Alpaka Tersesat Masuk Dalam...

BRITTANY – Beberapa pekerja kedai cermin mata di Brittany terperanjat apabila menerima pelanggan...

Papagomo Direman Tiga Hari

KAJANG - Pengendali laman web Papagomo ataupun nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan...

Ketua Penerangan PKR Sarawak Lapor SPRM

KUCHING – Ketua Penerangan PKR Sarawak, Vernon Kedit hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menjalankan siasatan bagi menentukan sama ada wujud penyelewengan berhubung status keanggotaan PKR Cabang Julau.

Kedit tiba di Pejabat SPRM Sarawak di Jalan Laksamana Cheng Ho di sini pada 10.25 pagi dengan diiringi Naib Pengerusi PKR Sarawak, See Chee How; Setiausaha PKR Sarawak, Nicholas Bawin dan beberapa pemimpin PKR negeri.

“Kami mahu meminta SPRM menjalankan penyiasatan terperinci dan menyeluruh terhadap perkara penting ini bagi menentukan jika terdapat sebarang salah guna kuasa oleh pemimpin tertentu parti dalam menyembunyikan penyelewengan dan perbuatan salah seperti yang dinyatakan dalam akuan bersumpah (SD) saya.

“Imej dan kewibawaan parti kami kini menjadi perhatian orang ramai kerana SD saya sudah tular dan isi kandungannya kini diketahui umum,” katanya kepada pemberita di pejabat SPRM Sarawak di sini. Kedit kemudiannya menyerahkan SD beliau itu kepada SPRM untuk membantu siasatan itu.

SD bertarikh 17 Oktober itu, membangkitkan syak wasangka berhubung kewujudan anggota palsu di Cabang Julau, yang dikatakan akan mencemarkan pemilihan parti.

Keanggotaan PKR Cabang Julau dilaporkan telah meningkat mendadak daripada hanya 603 pada 26 Jun kepada 13,000 sehari kemudiannya.


Sementara itu, Bawin berkata mereka tidak mempunyai pilihan selain membawa perkara itu kepada perhatian SPRM berikutan penyelewengan dan perbuatan salah yang mereka laporkan menerusi saluran parti tidak diendahkan.

“Setiausaha Agung parti kami (Datuk Saifuddin Nasution Ismail) mengeluarkan kenyataan yang dilaporkan dalam media semalam, bahawa semua senarai keanggotaan telah dimuktamadkan dan aduan kami telah melepasi tempoh bantahan,” katanya.

PKR Sarawak ialah yang terakhir akan mengadakan pemilihan parti menerusi pengundian e-voting, pada 10 November. – BERNAMA

Kategori