Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kementerian Pendidikan Tinggi Tetap...

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Tinggi tetap dengan pendiriannya tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu...

Pyongyang Beri Amaran Kepada...

NEW YORK - Penyertaan tiga pengangkut pesawat milik Amerika Syarikat (AS) dalam latihan...

Kisah Kahwin Bayu Kumbara,...

JAKARTA - Bayu Kumbara, sebelum ini telah hangat di media Indonesia tahun lalu...

Polis Hentikan Siastan Dakwaan...

SHAH ALAM - Polis telah menghentikan siasatan berhubung laporan polis dibuat Naib Ketua...

KIMMA Dipertimbang Jadi Komponen BN

NILAI — Barisan Nasional (BN) akan berbincang dengan parti komponen lain berhubung permintaan Kongress Indian Muslim Malaysia (KIMMA) untuk menjadi parti komponen, dalam penjenamaan semula BN.

Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata selain KIMMA, Barisan Kemajuan India Semalaysia (IPF) dan Makkal Sakti yang merupakan parti mesra BN turut membuat permohonan sama.

Perbincangan akan dibuat termasuklah mempertimbangkan untuk mengubah perlembagaan sekiranya perlu, katanya yang juga Presiden UMNO.

“Seperti sebelum ini sebarang keputusan yang dibuat perlu mendapat persetujuan majoriti, jadi sama juga dengan permintaan ini kita akan lihat suara majoriti untuk terima parti-parti yang bersekutu dengan kita. Selain KIMMA, IPF dan Makkal Sakti turut membuat permohonan sama.

“Dalam penjenamaan semula BN, dari segi struktur kita tidak akan lupakan parti-parti gabungan kita. Saya tidak mahu jadi pemimpin kuku besi, saya akan bincangkan dengan rakan-rakan parti komponen yang lain,” katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung kali ke-41 KIMMA di sini, hari ini.


Zahid turut menyifatkan KIMMA sebagai parti gabungan ‘keras’ yang sentiasa ada bersama UMNO tidak kira ketika senang atau susah.

Presiden KIMMA Datuk Seri Syed Ibrahim Kader berkata KIMMA menyambut baik jaminan Zahid untuk mengkaji semula status parti itu sebagai anggota gabungan UMNO serta memberi pengiktirafan yang sewajarnya kepada KIMMA secara lebih eksklusif dan inklusif. – BERNAMA

Kategori