BONGKAR… Khairy Jamaluddin ketika bahas Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) menyifatkan laporan itu menunjukkan apa dimomok Pakatan Harapan (PH) kini terjawab.
“Beberapa tempoh sebelum pilihan raya umum (PRU) yang lepas rakyat dimomokkan oleh PH bahawa negara kita hampir muflis, kerajaan Barisan Nasional (BN) waktu gagal kemudi ekonomi dan kewangan negara dengan baik.
“Namun pembentangan kajian setebal 400 muka surat ini menyatakan perkara sebaliknya dan secara tidak langsung membuktikan keadaan ekonomi negara kita disah dalam dokumen kerajaan hari ini sendiri iaitu masih kukuh,” katanya.
Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau itu, seterusnya memberikan beberapa cadangan untuk menambah baik Kajian Separuh Penggal RMK-11 dari 2016 hingga 2020 antaranya penekanan kepada golongan wanita.
“Kita akui bahawa kita harus meningkatkan lagi penyertaan golongan wanita dalam ‘work force’. Jadi penekanan untuk mengadakan waktu kerja fleksibel dan meluaskan insentif cukai kepada 24 bulan bagi wanita yang mahu kembali semula ke pasaran bekerja selepas bersalin atau sebagainya.
“Kita juga perlu pastikan pastikan tempat kerja itu selamat dan perlu mempercepatkan Akta Gangguan Seksual untuk melindungi mangsa, ini perancangan yang mula daripada lepas.
“Tubuhkan mahkamah khas mengenai perkahwinan, hadhanah dan nafkah bermula dari Wilayah Persekutuan. Dan menjamin… ini juga janji BN sebelum ini sebagai pembuat dasar sekurang-kurangnya 30 peratus keanggotaan Dewan Negara disandang wanita,” ujarnya.
Khairy seterusnya menambah dalam konteks perumahan pula, perlu ditubuhkan sebuah bank khas bagi menguruskan pinjaman perumahan mampu milik dan perumahan kos rendah yang berharga RM300,000 ke bawah untuk memastikan bahawa pinjaman itu dapat diberikan kepada mereka.
“Penjanaan pekerjaan…apabila ketiadaan projek-projek besar maka janji untuk mewujudkan satu juta pekerjaan seperti mana janji di dalam manifesto PH..kita janji 3 juta mungkin sukar untuk dicapai.
“Jadi buat satu ‘sorting mechanism’ dipadankan mereka yang keluar daripada universiti dan kekosongan kerja yang ada menggunakan teknologi yang terkini.
“Memperluaskan lagi ruang pekerjaan untuk Orang Kurang Upaya (OKU). Ada ramai yang boleh bekerja dan mampu bekerja tetapi tidak disalurkan kepada produktiviti ekonomi kerana tiada peluang,” tambahnya.