Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Lohan Pakai Tudung, Cetus...

LOS ANGELES - Bintang Hollywood, Lindsay Lohan yang sering terpalit dengan kontroversi masalah...

SPRM Tahan Bekas Adun...

ALOR SETAR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah hari ini menahan seorang...

Nur Syamimi Tabah Hadapi...

LODZ (Poland) - Nur Syamimi Mohamad Suhaimi mungkin sama seperti ribuan pelajar Malaysia...

4 Pekerja TNB Sesat...

KUALA BERANG - Empat pekerja Tenaga Nasional Bhd (TNB) ditemui selamat pagi ini...

Kelantan ‘Tunggu & Lihat ‘ Hukum Syariah Seragam

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan mengambil sikap ‘tunggu dan lihat’ berhubung penyeragaman undang-undang syariah yang kini di peringkat kajian oleh kerajaan persekutuan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata kerajaan negeri akan bersetuju dengan cadangan penyeragaman itu jika ia tidak bercanggah dengan amalan yang dilakukan di Kelantan sebelum ini.

“Kadang-kadang dalam perundangan Islam ini terutama membabitkan (hukum) Fekah ada pandangan yang berbeza, jadi kita kena hormati pendirian negeri-negeri, sebab negeri mungkin ada pandangan sendiri dengan hujah-hujahnya.

“Jadi kita tidak boleh membuat satu pandangan secara menyeluruh begitu sahaja,” katanya ketika ditemui pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa yang dilaporkan sebagai berkata kerajaan sedang berusaha untuk menyeragam dan menyelaras undang-undang Syariah di seluruh negara.

Mujahid Yusof dipetik berkata antara usaha yang sedang dilakukan adalah mengkaji keperluan meminda beberapa undang-undang Syariah yang sedang diguna pakai di negeri-negeri bagi memastikan peruntukan undang-undang sedia ada masih relevan dengan suasana semasa tanpa mengetepikan hukum syarak dan prinsip-prinsip keadilan.


Mengulas mengenai pemberian bonus kepada kakitangan awam terutama pada hujung tahun, Mohd Amar berkata kerajaan negeri akan mengikut jejak langkah kerajaan persekutuan.

“(Kita) tunggu kerajaan persekutuan… kalau kerajaan persekutuan isytihar, kita akan isytihar sebab kita ikut kerajaan persekutuan. Kalau kata ada (bonus) maka adalah.. kalau tiada, tiadalah,” katanya. – BERNAMA

Kategori