Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Sturridge-Balotteli Sama Penting Lonjak...

LIVERPOOL - Brendan Rodgers melabelkan Mario Balotelli dan Daniel Sturridge mampu menjelmakan diri...

Bas Pelancong Terbalik, 30...

SUNGAI BULOH - Kira-kira 30 penumpang bas pelancong dari Ipoh, Perak, nyaris maut...

Suhaizan Ulangi Provokasi `Pancing’...

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kayat mengulangi provokasi bagi memujuk...

Jika Adib Diserang, Mungkin...

SHAH ALAM – Jika ada individu yang menarik Muhammad Adib Mohd Kassim keluar...

KKM Rampas Lebih 200,000 Produk Kesihatan

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merampas 251,782 produk kesihatan bernilai RM2.8 juta yang melanggar undang-undang sepanjang Operasi Pangea XI dari 9 hingga 16 Oktober, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Daripada jumlah itu, Dr Noor Hisham berkata 106,222 pil gugur, suntikan vitamin C, antibiotik dan steroid tidak berdaftar, pelangsing badan dan produk farmaseutikal campur racun, 90,304 ubat-ubatan tidak berdaftar serta 55,526 produk farmaseutikal menyalahi undang-undang dirampas.

“Selain itu, 339 peniaga yang mengiklankan produk kesihatan dan melanggar undang-undang telah diambil tindakan iaitu sebanyak 403 laman sesawang dan 723 akaun laman sosial telah disekat atau ditutup,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Menurutnya, Operasi Pangea XI yang memasuki edisi keenam melibatkan kerjasama antara Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Jabatan Kastam, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta CyberSecurity Malaysia.

“Operasi ini yang diselaraskan oleh INTERPOL bersama 116 negara lain dalam usaha membanteras penjualan ubat-ubatan serta peranti perubatan yang berbahaya kepada pengguna secara dalam talian,” katanya.


Beliau berkata operasi kali ini menyasarkan tiga aspek utama iaitu pembekal perkhidmatan internet (ISP), sistem pembayaran elektronik dan perkhidmatan penghantaran ubat-ubatan (kurier dan pos). – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • ubat

Kategori