Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Video: Dah Kenapa Langgar...

RAKAMAN video membabitkan kereta peronda polis yang dilanggar sebuah kereta dari belakang di...

Mohd Zaidi Aziz Calon...

TANJUNG MALIM - Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, Mohd Zaidi Aziz diumumkan sebagai...

Persatuan Mahasiswa UM Kecam...

KUALA LUMPUR - Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (UM) mengecam tindakan pihak pentadbiran Universiti...

Skuad B-22 Negara Mudah...

KUALA LUMPUR - Skuad Bawah 22 negara (B-22) membuka kempen Kumpulan H Kelayakan...

KKM Tunggu Maklum Balas MOF, KPDNHEP Isu Caj Rundingan Hospital

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu maklum balas daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berhubung cadangan kenaikan kadar caj perundingan pengamal perubatan dan doktor bagi perkhidmatan di klinik dan hospital swasta di seluruh negara.

Menterinya, Dr Dzulkefly Ahmad berkata ia bagi membuat semakan harga sebelum dibentang ke kabinet.

“Hasil maklumat yang diterima oleh KKM adalah berdasarkan perbincangan dalam sesi ‘town hall’ oleh Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan pelbagai stakeholders. Perkara ini telah kami bincang dalam post cabinet dan akan kami angkat ke kabinet,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Persidangan Kejururawatan Antarabangsa di sini, hari ini.

Sebelum ini Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr Azman Abu Bakar dalam ‘Sesi Town Hall: Konsultasi Pihak Berkepentingan Bagi Cadangan Semakan Caj Pengamal Am’ pada 27 Ogos telah menyerahkan kertas cadangan semakan caj perundingan kepada KKM.

Ia mencadangkan kenaikan caj antara RM35 dan RM125 daripada RM10 dan RM35, yang tidak disemak hampir 12 tahun. — BERNAMA

Kategori