Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Mesin Hemodialisis Di Hospital...

BALIK PULAU - Kementerian Kesihatan akan menambah lima mesin hemodialisis untuk menampung keperluan...

Koleksi Gambar Selebriti Hollywood...

SELEBRITI Hollywood memang digilai dan diminati jutaan peminat tegar mereka dari seluruh dunia.Walaupun...

Peguam: Pengampunan Diraja Adalah...

Pengampunan diraja terhadap bekas tentera yang dihukum oleh Mahkamah Tentera adalah satu hak...

Zakir Tak Dibenar Ceramah...

KUALA LUMPUR - Penceramah bebas, Dr. Zakir Naik tidak dibenarkan memberi ceramah di...

“Konflik Dengan Hamas Bahayakan Seluruh Israel”

PERKEMBANGAN serantau di Palestin melibatkan Hamas kini menjadikan Israel terancam sekiranya berlaku sebarang konflik bersenjata.

Sesetengah pihak dalam Israel melihat konflik bersenjata bakal menyebabkan orang awam Israel terjejas teruk.

Baru-baru ini, Naftali Bennett, menteri pendidikan Israel berkata apa yang berlaku di Gaza berkait dengan kehendak orang seperti menteri pertahanan Avigdor Lieberman yang dahagakan konflik bersenjata.

Menurut laporan Pusat Maklumat Palestin, Bennett menegaskan, Lieberman membahayakan keselamatan pendatang Yahudi yang tinggal berdekatan dengan Semenanjung Gaza.

Konflik dengan Hamas juga bakal mengancam seluruh wilayah Israel memandangkan keupayaan senjata Hamas terbaharu.

Menteri Israel itu juga mengakui bahawa Tel Aviv tidak dapat melawan Hamas, gerakan Islam Palestin yang menerima sokongan kuat di Gaza.

Hamas juga popular di kalangan umat Islam seluruh dunia, dan kini masih menerima sokongan daripada Iran.

Iran sebelum kekacauan kebangkitan Arab lebih lapan tahun lalu membiayai kegiatan ketenteraan Hamas, dan turut menyumbang dana untuk operasi di Gaza.


Dalam perkembangan berkaitan, sekumpulan 400 pendatang Yahudi hujung minggu lalu memasuki kawasan Masjid al-Aqsa dari Bab al-Maghariba dengan kawalan pasukan keselamatan Zionis.

Tindakan ini diadakan ketika rejim Zionis yang menguasai Baitul Maqdis menangkap beberapa penduduk termasuk beberapa pekerja dan pengawal keselamatan Masjid al-Aqsa.

Situasi di Baitul Maqdis terutamanya semakin ganas ekoran keputusan Amerika Syarikat memindahkan kedutaan dari Tel Aviv ke Baitul Maqdis pada Mei lalu.

Dunia Islam membantah keras keputusan AS yang dianggap mencabul Baitul Maqdis itu.

Rejim Zionis pula meningkatkan penguasaan ke atas masjid suci umat Islam itu apabila menggalakkan pendatang Yahudi masuk ke kawasan masjid dan menyekat umat Islam daripada menggunakan masjid tersebut tanpa kawalan Israel. – Agensi

Kategori