Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Siapa Kata Manusia Tidak...

Sejak berabad dahulu lagi, pelbagai kajian dan taktik sains digunakan bagi membolehkan manusia...

Kecurangan Isteri Terbongkar Bila...

Sepanyol – Kecurangan seorang isteri terhadap suaminya terbongkar selepas dia melahirkan seorang bayi...

Australia Mula Jual Kurma...

CANBERRA - Lazimnya buah kurma dijual oleh negara-negara Arab kerana tumbuhan itu memang...

PPS Diminta Patuh Arahan...

GEORGETOWN - Semua anggota pasukan Peronda Sukarela Pulau Pinang (PPS) perlu mematuhi arahan...

Korban Di Palu Terus Meningkat

PALU (INDONESIA) – Jumlah kematian akibat tsunami dan gempa bumi meningkat kepada 832 semalam dan dijangka terus meningkat, menyebabkan pihak berkuasa terpaksa mengumumkan pengebumian besar-besaran bagi membendung wabak penyakit.

Amaran turut diberikan bahawa jumlah kematian sebenar boleh mencecah angka ribu manakala orang ramai mengerumuni rumah mayat sementara untuk mencari ahli keluarga yang hilang dan pada sama, pihak berkuasa masih meneruskan kerja mengesan mangsa lain.

“Jumlah kematian akan terus meningkat,” kata jurucakap agensi bencana alam nasional, Sutopo Purwo Nugroho.

“Hari ini kami akan memulakan kerja-kerja mengebumikan mayat mangsa untuk mengelakkan penularan penyakit berjangkit,” katanya.

Penyelamat di Sulawesi terpaksa bertungkus lumus dalam keadaan serba kekurangan untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan, dengan sehingga 60 orang dikhuatiri berada di bawah sebuah hotel di sini.

Mereka juga memberitahu terdengar bunyi suara orang dan tangisan kanak-kanak dari bawah runtuhan.

Dalam satu kenyataan di Twitter, Sutopo turut memberi amaran kepada penduduk untuk tidak mempercayai amaran palsu mengenai beberapa lagi tsunami serta gempa bumi yang tersebar di media sosial.


Bencana alam yang dahsyat di Palu itu menyebabkan penduduk berada dalam keadaan terdesak dan kelaparan, lalu terpaksa memecah masuk kedai untuk mendapatkan bekalan asas seperti makanan, air serta minyak.

Memahami keadaan yang begitu runcing, kerajaan berjanji akan membayar semula ganti rugi kepada peniaga dan memohon maaf kerana tidak dapat berbuat apa-apa untuk mencegah.

“Sila senaraikan semua barang yang diambil dan jumlahnya. Kami akan bayar semula ganti rugi itu,” kata Menteri Keselamatan, Wiranto. – AFP/BH ONLINE

Kategori