Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

“Eina Azman Semalam ‘Register’...

KUALA LUMPUR - Selebriti Datin Paduka Eina Azman dan suaminya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet...

Mahasiswa Pro-Pembangkang Sokong Program...

KUALA LUMPUR - Gerakan Mahasiswa Ganyang Akta Hasutan (Ganyang) berdegil mahu menghadiri perogram...

Ibu 2 Anak Ditangkap...

MELAKA - Seorang ibu dua anak ditangkap khalwat bersama seorang pemandu bas ekspres...

Lemang To’ki Buruan Geng...

BENTONG - Hujung minggu di lebuh raya Karak terutama ke arah bandar Bentong...

Korea Utara, Selatan Setuju Sambung Jalan, Landasan

SEOUL – Kedua-dua negara di semenanjung Korea memeterai persetujuan untuk menyambung semula jalan raya dan landasan kereta api, satu lagi langkah dalam memperbaiki hubungan mereka walaupun Amerika Syarikat (AS) khuatir perkembangan pesat Utara-Selatan itu mampu mengganggu usaha menekan Korea Utara untuk menghentikan senjata nuklear mereka.

Persetujuan terhadap jaringan pengangkutan itu dicapai dalam rundingan di perkampungan sempadan Panmunjom yang disasarkan sebagai susulan sidang kemuncak ketiga antara Presiden Korea Selatan, Moon Jae In dan ketua Korea Utara, Kim Jong Un bulan lalu.

“Selatan dan Udara mencapai persetujuan ini selepas berbincang secara ikhlas mengenai perancangan untuk membangunkan hubungan dalaman sesama Korea ke arah lebih baik,” kata kedua-dua pemimpin berkenaan dalam kenyataan bersama yang disiarkan Kementerian Perpaduan Korea Selatan.

Kedua-dua belah pihak juga bersetuju untuk mengadakan majlis akhir November depan atau awal Disember bagi memulakan kerja penyambungan semula jalan raya dan landasan yang terhenti sejak Perang Korea 1950 – 1953.

“Kedua-dua negara juga akan mengadakan lawatan ke kilang pengangkutan bermula akhir bulan ini,” kata kenyataan itu lagi.

Dalam perkembangan lain, kedua-dua pemimpin juga bersetuju untuk mengadakan perbincangan akhir bulan ini bagi meneruskan usaha membida penganjuran bersama Sukan Olimpik 2032,


Turut dibincangkan pada pertemuan berkenaan ialah cadangan untuk menemukan semula ahli keluarga yang terpisah kerana Perang Korea menerusi penggunaan kamera web dan pertukaran video bulan depan.

Dari aspek ketenteraan, pegawai dari kedua-dua negara akan bermesyuarat tidak lama lagi untuk merangka langkah perlu diambil bagi merealisasikan perjanjian yang dicapai pada sidang kemuncak bulan lalu. – Reuters/BH ONLINE

Kategori