Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Pelajar Tahfiz Lompat Keluar...

KUALA LUMPUR - Seorang pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di sini yang...

Mahkamah Ketepi Pengundi Semak...

PUTRAJAYA – Tujuh penggundi tidak dapat memulakan semakan kehakiman bagi mencabar cadangan persempadanan...

Ahli Parlimen, ADUN Terima...

PUTRAJAYA - Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan menjadi antara...

Tekanan Kerja Punca Bijak...

KUALA LUMPUR - Sukar untuk dipercayai seorang doktor perubatan boleh tewas dan terjerumus...

KPDNHEP Selangor Sita Produk Susu Logo Palsu

SHAH ALAM – Sebanyak 3,295 botol produk tenusu pelbagai jenis bernilai RM12,951.10 dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor hari ini kerana tidak mempunyai sijil perakuan kesihatan (VHM) Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Selangor, Azman Adam berkata serbuan pada pukul 11 pagi di sebuah kilang produk tenusu di kawasan perindustrian Kundang, Rawang dekat sini, dilakukan dengan kerjasama anggota penguatkuasa JPV, hasil siasatan jabatan itu sejak dua minggu lepas.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kilang yang diusahakan secara bersama oleh warga tempatan dan warga asing itu memperoleh bekalan susu mentah daripada pembekal di sekitar Lembah Klang sebelum diproses menjadi produk keluaran syarikat mereka.

“Ketika serbuan, sebanyak lapan pekerja iaitu tiga warga asing dan lima tempatan sedang memproses produk tenusu berkenaan. Pemeriksaan awal mendapati pengilang yang memulakan operasi sejak tahun lepas itu tidak pernah memohon mendapatkan sijil VHM dan hanya mempunyai sijil halal yang sah.

Produk tenusu yang dijual di sekitar Lembah Klang pada harga RM2 hingga RM6 sebotol itu dirampas kerana pengilang didapati sengaja memaparkan logo VHM palsu pada label produk mereka,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Azman berkata, sebanyak 166,952 pelekat label botol bernilai RM8,349.60 turut dirampas kerana memaparkan logo palsu yang disyaki boleh mengelirukan pengguna.


Beliau berkata mana-mana pengeluar produk berasaskan haiwan harus mempunyai sijil VHM untuk memastikan produk seperti susu, daging mahupun keju menepati piawaian yang ditetapkan bagi membendung sebarang jangkitan penyakit ke atas pengguna.

Katanya, KPDNHEP akan memanggil pemilik syarikat berkenaan untuk merakamkan percakapan bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 16 Akta Perihal Dagangan 2011.

“Bagi pertubuhan perbadanan, hukuman yang diperuntukkan di bawah seksyen itu ialah denda maksimum RM500,000 bagi kesalahan pertama dan RM1 juta bagi kesalahan kedua serta berikutnya, jika sabit kesalahan.

“Bagi individu yang bukan pertubuhan perbadanan, mereka boleh didenda sehingga RM250,00 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama dan denda tidak lebih RM500,000 atau penjara sehingga lima tahun bagi kesalahan berikutnya, jika sabit kesalahan,” katanya. – BERNAMA

Kategori