Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

SPRM Umum 2 Pelantikan...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan pelantikan Pengarah Bahagian Perisikan, Datuk...

Pengasas Bersama Microsoft Meninggal...

PAUL Allen yang juga pengasas bersama Microsoft dengan rakan sejak kecilnya, Bill Gates...

TH: Mujahid Beri Asyraf...

PUTRAJAYA - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki diberi tempoh selama...

Ieda Moin Bercerai, Tak...

Nampaknya bukan ikatan perkahwinan pelakon Sari Yanti sahaja yang terlerai, tetapi juga Ieda...

KPWKM Kesal Zahid Bangkit Isu LGBT Di Parlimen

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kesal dengan tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi membangkitkan isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Parlimen.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata, terdapat pelbagai isu penting, tetapi Presiden UMNO membangkitkan tentang LGBT dalam Dewan Rakyat.

“Daripada semua isu yang boleh dibangkitkan Ketua Pembangkang, beliau memilih ini (LGBT). Rasuah adalah aktiviti sosial yang paling buruk dan tidak bermoral di Malaysia,” bidasnya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ialah Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga Timbalan Perdana Menteri.

Terdahulu, Ahmad Zahid dalam soalannya di Dewan Rakyat bertanya kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai pendirian kerajaan Pakatan Harapan berhubung LGBT dan langkah menangani aktiviti tidak bermoral tersebut. – MYNEWSHUB.TV

Kategori