Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Hospital Kajang Sesak, Kadar...

KAJANG - Hospital Kajang sesak kerana menerima kemasukan pesakit 50 peratus melebihi kapasitinya,...

SPR Hantar 29,633 Kad...

KOTA KINABALU - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meneruskan inisiatif penghantaran kad pengundi kepada...

Lebih Banyak Masjid, Surau...

KUALA LUMPUR - Lebih banyak masjid dan surau khususnya di kawasan zon hijau di...

Video: Gadis Dirasuk Lepas...

KES dirasuk 'hantu' bukanlah kisah yang pelik apabila memperkatakan tentang dunia mistik. Bagaimanapun,...

Lahir Lebih Ramai Cendekiawan, Tokoh Akademik

MUSCAT, Oman – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan harapan agar Perlis dapat melahirkan lebih ramai cendekiawan, tokoh-tokoh akademik, ahli-ahli korporat, dan ilmuan Islam yang berkualiti dan tersohor.

Justeru, baginda berharap para pelajar akan lebih bermotivasi, berusaha gigih, bersikap proaktif dalam pembelajaran, berdisiplin, mentaati ibu bapa dan guru, bijak memilih rakan serta bermoral.

‘Binalah semangat muhibah serta kekalkanlah kedaulatan, kemanan dan kesejahteraan di bumi bertuah ini,” titah baginda.

Demikian titah baginda selepas berkenan berangkat mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah (Perempuan) Safiah binti Al Khattab di bandar ini, baru-baru ini.

Berangkat sama ialah anakanda sulung baginda, Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail.

Keberangkatan tiba baginda yang juga merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Tuanku Canselor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) disambut oleh pengetua sekolah milik kerajaan Oman tersebut, Azah Al-Jabri serta para pegawai kanan beliau.


Turut hadir mengiringi baginda ialah Duta Besar Malaysia ke negara tersebut, Shahril Effendi Abd. Ghany dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor.

Baginda turut menyentuh berkaitan transformasi pendidikan negara ke arah melahirkan generasi berfikiran kritikal, kreatif serta mempunyai sahsiah yang holistik.

Bagi mempercepatkan hasrat ini, titah baginda, pelajar perlulah proaktif menceburi pelbagai cabang ilmu terutamanya Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.

“Di samping tidak sama sekali melupakan sejarah bangsa yang telah membawa kesejahteraan dan kemakmuran mengikut acuan kita sendiri,” titah baginda. – UTUSAN ONLINE

Kategori