Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Khidmat Tren Tanpa Henti...

KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan perkhidmatan tren KTM Komuter...

China Tegas Roboh Gereja...

BEIJING – Pihak berkuasa di utara China tetap bertegas apabila merobohkan sebuah gereja...

Belum Setahun, Yusuf Iskandar...

SEPERTI Aisyah Dhia Rana dan Lara Alana, bayi lelaki kesayangan pasangan Hanis Zalikha...

Anggota Tentera Maut Terseret...

GEORGE TOWN - Seorang anggota tentera yang dalam perjalanan ke tempat kerja maut...

Laluan Baharu Terowong Menora-Kuala Kangsar Akan Dikaji

KUALA KANGSAR – Kerajaan negeri Perak akan mengkaji pelbagai cadangan penambahbaikan yang perlu dilaksanakan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dari arah Terowong Menora ke Kuala Kangsar di sini.

Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan negeri Abdul Yunus Jamhari berkata cadangan yang akan dibincangkan dengan jabatan berkaitan termasuk mengenai pembinaan laluan baharu bagi mengelak berlakunya kemalangan dan kesesakan lalu lintas.

“Pelbagai cadangan tentang penambahbaikan di laluan itu telah diajukan kepada kerajaan negeri. Kita telah pasang lampu limpah di laluan tersebut, namun kita akan terus melakukan penambahbaikan,”katanya di Unit Forensik di Hospital Kuala Kangsar di sini, hari ini.

Sementara itu, Abdul Yunus berkata kerajaan negeri akan bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan untuk meningkatkan rondaan di laluan tersebut bagi memantau kesalahan lalu lintas yang dilakukan pengguna.

Dalam nahas di Km 255.3 di PLUS selepas Terowong Menora pada pukul 11.47 pagi, Sabtu lepas, lima individu rentung apabila kereta yang dinaiki mereka terbakar selepas dirempuh sebuah treler. Pemandu treler direman dua hari mulai hari ini.


Difahamkan, tiga daripada lima mangsa yang rentung terdiri daripada seorang wanita warga emas berusia 60 tahun, serta seorang wanita berusia 37 tahun bersama bayi lelakinya yang baru berusia setahun, dan mereka dipercayai dalam perjalanan dari Selangor untuk menghadiri upacara keagamaan di Taiping. – BERNAMA

Kategori