Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

‘Lelaki Ini Gosok Kemaluannya...

SATU perkongsian seorang wanita menerusi laman Facebook memberitahu, dia diganggu secara seksual oleh...

Scha Al-Yahya Dah Ready...

PELAKON Scha Al-Yahya mendedahkan dia kini sudah bersedia untuk menimang cahaya mata lagi...

Pelajar Madrasah Koma Dipukul...

JOHOR BAHRU - Seorang pelajar lelaki, dari madrasah swasta yang kisah dua kakinya...

Zainal Dedah Dipecat Zalim...

SHAH ALAM - Kemelut melanda Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) kini semakin buruk...

Lapor Pelanggaran Akta Kesalahan Pilihan Raya

PUTRAJAYA – Semua pihak yang mempunyai apa-apa maklumat mengenai pelanggaran mana-mana peruntukan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 diminta supaya melaporkan pelanggaran tersebut kepada mana-mana badan penyiasatan.

Dalam kenyataan hari ini, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Azhar Azizan Harun berkata apa-apa tuduhan pelanggaran mana-mana peruntukan akta tersebut berada di dalam bidang kuasa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Jelasnya pihak SPR tidak mempunyai kuasa siasatan mahupun kuasa pendakwaan kesalahan-kesalahan pilihan raya.

“Malah SPR juga tidak mempunyai kuasa untuk mendenda atau menyiasat mana-mana calon pilihan raya atau parti yang diwakilinya untuk apa-apa pelanggaran undang-undang pilihan raya terutamanya peruntukan perundangan akta tersebut,” katanya.

“Dengan ini SPR ingin menyarankan kepada semua pihak yang secara peribadi mempunyai apa-apa maklumat mengenai pelanggaran mana-mana peruntukan di bawah akta tersebut, supaya melaporkan pelanggaran tersebut kepada mana-mana badan penyiasatan berkenaan,” katanya.


Azhar Azizan berkata SPR telah menubuhkan Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) bagi memantau proses dan aktiviti berkempen sepanjang pilihan raya bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis, Balakong, Seri Setia dan Port Dickson.

“Sekiranya pihak PP-KPR mengesan atau menyaksikan apa-apa pelanggaran peruntukan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 secara peribadi atau secara langsung, maka pihak SPR tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan mengenai pelanggaran tersebut kepada mana-mana badan penyiasatan yang berkenaan,” katanya.

Bagaimanapun, Azhar Azizan berkata SPR tidak akan melaporkan mana-mana pelanggaran peruntukan perundangan yang tidak disaksikan dan dikesan secara langsung oleh PP-KPR kerana dalam keadaan sedemikian mereka tidak mempunyai pengetahuan peribadi tentang pelanggaran tersebut. – BERNAMA

Kategori