Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

8 Mayat Mangsa Tanah...

GEORGE TOWN - Lapan mayat mangsa tragedi tanah runtuh di Lengkok Lembah Permai,...

Kembali Meragut Selepas 4...

MIRI - Selepas dipenjara selama empat bulan sehingga Februari lalu atas kesalahan meragut,...

Ibu Kanak-Kanak Dirantai Perlu...

KUALA LUMPUR – Ibu kepada kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang dirantai pada...

“Jangan Jadi Seperti Anjing...

KUALA LUMPUR - "Jangan berlagak seperti keldai yang bertempik atau anjing gila yang...

Larang Merokok: Menteri Langkau Kuasa Speaker?

TERKEJUT… Notis larangan merokok di seluruh Parlimen dan tindakan kompaun oleh pegawai Kementerian Kesihatan tidak dibincang Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Sebaliknya, beliau sendiri terpaksa berjumpa dengan pegawai penguatkuasaan pada hari ini dan meminta ketua penguatkuasaan itu agar berjumpa dirinya berhubung larangan dan tindakan kompaun yang dikenakan semalam.

“Belum, menteri (Kementerian Kesihatan) belum datang jumpa saya. Tapi saya sudah jumpa penguat kuasa dan minta ketuanya datang berhubung dengan saya untuk selesaikan beberapa perkara mengenai larangan tersebut.”

Beliau luah perkara berkenaan ketika ditemui media di Parlimen, hari ini sebagai mengulas keputusan Kementerian Kesihatan mewartakan kawasan Parlimen sebagai zon larangan merokok berkuat kuasa 15 Oktober lalu.

Keputusan itu menimbulkan rasa tidak puas hati segelintir Ahli Parlimen yang merokok dan anggapnya diskriminasi terhadap mereka malah tindakan pegawai penguat kuasa memeriksa segenap kawasan Parlimen turut dipertikai..

Tindakan dramatik pihak kementerian tersebut bahkan dikatakan langsung tidak mengikut prosedur standard dan melangkaui bidang kuasa Speaker atau Yang Dipertua Dewan Rakyat sendiri.

Mengikut amalan Parlimen, sesuatu peraturan yang hendak dikuatkuasakan perlu dibentang di Dewan Rakyat terlebih dahulu untuk kelulusan Speaker, atau beliau membuat aturan sebagai pihak tertinggi dalam Parlimen.


Ketika ditanya adakah beliau didatangi Ahli Parlimen yang mempersoal peraturan itu dan meminta keputusan itu dikaji semula, Mohamad Ariff mengesahkan ada beberapa orang yang bertemu dengannya secara peribadi.

“Sebagai Speaker, memang tugas saya apabila timbul masalah, kena selesaikan. Ada yang datang dan bantah. Dalam soal kementerian itu langkau kuasa Speaker, kita akan bincang dengan menteri dan penguat kuasa,” katanya.

Sebelum ini, Parlimen menyediakan sudut merokok di tepi Dewan Rakyat berdepan dengan kafetaria. Semalam seorang Ahli Parlimen antara lapan individu yang diberi notis kesalahan merokok di dalam bangunan Parlimen.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dalam sidang media sebelum itu berkata, tindakan itu diambil susulan pengisytiharan bangunan Parlimen sebagai kawasan larangan merokok bermula Isnin lalu. – Agensi

Kategori