Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Johor Giat Pencarian Atlet...

JOHOR BAHRU : Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) kini sedang rancak melakukan persiapan...

Kerajaan Tambah Baik Perjanjian...

KUALA LUMPUR - Kerajaan telah menambah baik terma-terma perjanjian berkenaan kenaikan kadar tol...

Felda Yakin Kembali Catat...

KUALA LUMPUR - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang dibelenggu kerugian besar berbilion-bilion...

Bukti Tidak Mencukupi Dakwa...

PUTRAJAYA — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata pihak pendakwa raya memutuskan untuk...

Larangan Arak, Judi Bukan Punca Bumiputera Gagal

SHAH ALAM – Cadangan supaya Bumiputera diberikan lesen pusat judi dan penjualan alkohol agar mampu bersaing dengan kaum lain dari segi ekonomi adalah pandangan yang tidak berlandaskan kepada fahaman agama Islam yang betul.

Penceramah bebas, Wan Akashah Wan Abdul Hamid berkata, Islam dengan tegas melarang umatnya menjalankan perniagaan seperti itu kerana ia mendatangkan lebih banyak mudarat berbanding manfaat.

“Memang di dalam al-Quran ada menyebut bahawa arak dan judi ini ada manfaatnya tapi pada masa sama, mudaratnya lebih banyak.

“Ulama juga ada mengatakan, manfaat itu adalah dari segi ekonomi, namun pandangan yang tidak berlandaskan agama hanya akan memandang ke arah satu sudut itu sahaja (manfaat),” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, di dalam Islam terdapat satu istilah yang perlu diambil kira iaitu keberkatan yang akan menjamin kesejahteraan hidup umatnya.

“Apabila satu perniagaan dijalankan tanpa disertai keberkatan, maka ia akan mendatangkan kerugian untuk jangka masa panjang seperti mana akan hilangnya kebahagiaan, akan berlaku kemudaratan kepada keluarga dan sebagainya,” katanya.

Katanya, larangan menjalankan perniagaan judi dan alkohol bukanlah punca utama mengapa golongan Bumiputera gagal bersaing dengan kaum lain dari segi ekonomi.


“Ada banyak lagi perkara yang boleh dilakukan untuk memajukan ekonomi Bumiputera. Kekayaan itu bukan hanya datang dari judi dan arak, banyak lagi perniagaan lain yang Islam galakkan.

“Bumiputera gagal bersaing bukan kerana judi dan arak tapi kerana sikap dan keperibadian mereka sendiri yang tidak mahu bersaing,” katanya.

Menurutnya, ALLAH SWT ada menyebut umat Islam adalah yang terbaik dan ini telah dibuktikan di dalam sejarah.

“Sejarah ada mengatakan bagaimana Islam telah menguasai dua pertiga dunia walaupun pada masa itu orang Islam tidak jual arak dan judi, tapi mereka mampu membina tamadun dunia,” katanya. – Sinar Harian Online

Kategori