Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Sophia Raikan Delegasi Sidang...

SOPHIA, robot humanoid sosial, membuat penampilan istimewa pada pelancaran Sidang Kemuncak Kuala Lumpur...

Awie Realisasi Impian OKU...

HASRAT seorang lelaki kelainan upaya (OKU), Nabil Rosli yang mengimpikan bertemu dengan idola...

Busan Dilanda Taufan Chaba,...

TAUFAN Chaba yang melanda Busan, Korea Selatan semalam diibaratkan tsunami kecil oleh penduduk...

Subhanallah.. Air Terjun Niagara...

NEW YORK, Amerika Syarikat – Cuaca yang melampau menyebabkan Air Terjun Niagara menjadi...

Lelaki Bunuh, Buang Mayat Dalam Kumbahan Najis Didakwa Esok

BALIK PULAU – Lelaki yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan warga emas yang mayatnya ditemukan dalam lubang kumbahan najis di Kampung Sungai Burung di sini Isnin lepas, akan didakwa esok di Mahkamah Majistret Balik Pulau.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A.A Anbalagan berkata polis telah menyerahkan kertas siasatan kepada Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) Pulau Pinang hari ini dan PPN bersetuju untuk mendakwa lelaki berusia 29 tahun itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

“Tempoh reman lelaki yang ditahan Selasa lepas itu tamat semalam dan Mahkamah Majistret Balik Pulau membenarkan dia di sambung reman sehingga 9 Okt ini, namun kami telah melengkapkan siasatan kes tersebut lebih awal dan lelaki itu akan didakwa di mahkamah pada jam 8 pagi esok,”katanya di sini.

Mayat mangsa ditemukan menantu lelakinya pada 2.30 petang semasa mencari ibu mertuanya di sekeliling kawasan rumah, selepas wanita berusia 63 tahun itu dikatakan hilang sejak 19 Sept lepas dan anggota keluarganya membuat laporan polis berhubung kehilangan itu pada 21 Sept.

Polis dengan bantuan pihak bomba mengambil masa lebih dua jam untuk mengeluarkan mayat wanita itu yang sudang berulat dan hasil pemeriksaan awal pasukan forensik menemui kesan kelar di bahagian depan lehernya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Che Zaimani Che Awang berkata seorang lelaki warga Singapura maut selepas motosikal berkuasa besar yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di persimpangan Jalan Mount Erskine/Jalan Gottlieb awal pagi ini.


Katanya dalam kemalangan pukul 1.10 pagi itu, Harvinder Singh Harbajan Singh,42, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan dada manakala pemandu kereta Perodua Alza berusia 25 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kemalangan itu berlaku apabila kereta Perodua Alza yang berhenti di persimpangan lampu isyarat tersebut kerana lampu merah mahu membelok ke kanan untuk ke jalan Mount Erskine selepas lampu hijau dirempuh motosikal yang ditunggang mangsa yang datang dari arah bertentangan,”katanya.

Beliau berkata siasatan awal mendapati, penunggang motosikal itu tidak berhenti di lampu isyarat berkenaan walaupun lampunya merah dan kes itu di siasat menurut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Kategori