Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Ritual Ayam Belanda Berarak...

VIDEO sekumpulan ayam belanda mengelilingi bangkai seekor kucing tular menerusi laman mikro Twitter....

5 Kapal Perang China...

WASHINGTON - Pentagon mengesahkan kehadiran lima kapal tentera laut China di Laut Bering,...

Thailand Juara Piala AFF...

KUALA LUMPUR - Thailand memastikan gelaran 'Raja Bola Sepak Asia Tenggara' menjadi milik...

Aplikasi WhatsApp Selamat Tiga...

KUALA LUMPUR - Perbualan menerusi aplikasi WhatsApp bersama pegawai bomba berjaya menyelamatkan tiga...

Lelaki Cedera Ditembak Selepas Membeli Rokok

PETALING JAYA – Seorang lelaki cedera ditembak di hadapan sebuah kedai serbaneka 24 jam di persiaran Tropicana, Kota Damansara, di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata kejadian itu berlaku kira-kira 4.50 petang di lokasi kejadian.

Beliau berkata ketika itu mangsa baru sahaja selesai membeli rokok di kedai serbaneka itu sebelum secara tiba-tiba ditembak oleh seorang suspek.

“Mangsa yang berumur 35 tahun itu, cedera di bahagian perut dan polis percaya suspek telah melepaskan sebanyak tiga das tembakan ke atas mangsa.

“Suspek melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta berwarna putih,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

“Ketika ditembak, mangsa hanya seorang diri sebelum seorang rakan mangsa datang untuk membawanya ke hospital.


“Keadaan mangsa dilaporkan stabil dan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk rawatan lanjut,” katanya.

Mohd Zani berkata polis percaya lebih daripada seorang suspek terlibat dalam kes berkenaan dan punca kejadian masih disiasat.

Katanya siasatan awal mendapati suspek berpakaian warna hitam dan putih serta berkulit cerah.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat kes berkenaan diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222 atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya. – BERNAMA

Kategori