Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pekerja Restoran Culik Bayi...

SEORANG pekerja sebuah restoran yang diamanahkan menjaga bayi berusia 10 bulan salah seorang...

Kes Keganasan Rumah Tangga...

LEDANG - Kes keganasan rumah tangga di Johor mencatatkan penurunan iaitu 344 kes...

Azmin Sedia Disiasat Semula...

SABAK BERNAM - Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata beliau...

Duda Rugi RM183,000 Angkara...

Kuantan : Seorang jurukimpal di daerah ini kerugian RM183,600 akibat terpedaya sindiket Love...

Lelaki Dihukum Penjara Hampir 25 Tahun Bakar Masjid

AUSTIN – Seorang lelaki yang disabitkan atas jenayah kebencian kerana membakar sebuah masjid di Texas, dijatuhi hukuman penjara hampir 25 tahun semalam, kata pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS), menambah dia bertindak atas dasar benci dan berniat jahat.

Marq Perez, 26, membakar Pusat Islam Victoria, terletak 200 kilometer di barat daya Houston pada 2017. Jenayah itu dianggap kumpulan hak asasi Islam sebagai sebahagian gelombang meningkat ketaksuban terhadap Muslim di AS.

Dia disabitkan Julai lalu atas kesalahan jenayah kebencian kerana membakar Pusat Islam Victoria pada 28 Januari 2017 selain bersalah menggunakan kebakaran dalam melakukan kesalahan persekutuan serta memiliki peranti pemusnah tidak berdaftar dalam insiden berasingan namun berkaitan, kata Jabatan Kehakiman AS.

Ketika penghakiman, Hakim Kanan Daerah AS, John Rainey berkata, jenayah kebencian adalah ‘barah kepada masyarakat’ dan ‘kesalahan ini tidak dapat diterima dalam komuniti’. Perez dijatuhi hukuman penjara 24 tahun enam bulan.

Ketika perbicaraan selama seminggu dalam mahkamah persekutuan di Texas, pendakwa raya menyifatkan jenayah itu, ‘kes mudah dan telus perasaan benci,’ kata pejabat peguam AS.


Peguam bela Perez berkata, anak guamnya tidak menyebabkan kebakaran dan berada bersama bayinya yang baharu lahir ketika bangunan itu terbakar, lapor akhbar San Antonio Express-News.

Masjid itu dibina semula selepas sumbangan bagi memulihkan kemudahan berkenaan. Apabila Perez mendapat tahu masyarakat Islam Victoria mengumpul wang membina semula masjid itu, dia memberitahu seorang saksi, dia akan membakar masjid itu sekali lagi jika dibina semula, kata Jabatan Kehakiman. – Reuters/BH ONLINE

Kategori