Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Gempa Taiwan: 100 Orang...

TAIPEI - Lebih 100 orang terperangkap dalam bangunan runtuh di bandar Tainan, selatan...

Majlis Iftar Gay Terbesar...

JIKA sebelum ini kecoh apabila ada pihak mahu mengadakan perarakan kesedaran mengenai isu...

Sindiket Penjualan Setem Hasil...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tujuh anggota sindiket penjualan...

Ibu Mahu Ganti Tempat...

Kerana kasihkan anak, seorang ibu sanggup sukarela menggantikan anaknya yang sedang dipenjara kerana...

Lelaki Melecur Akibat Mesin Pengering Meletup, Meninggal Dunia

SHAH ALAM – Seorang lelaki yang tubuhnya melecur selepas mesin pengering pakaian sebuah dobi di Jalan Johan Setia, Klang dekat sini meletup dalam satu kejadian 4 Okt lepas, disahkan meninggal dunia pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli berkata mangsa 43 tahun itu yang melecur lebih 73 peratus, meninggal dunia kira-kira 8.30 pagi di Hospital Sungai Buloh.

“Pihak polis menerima panggilan daripada anak lelaki mangsa mengatakan bapanya telah meninggal dunia di wad ICU (unit rawatan rapi), Hospital Sungai Buloh.

“Menurut doktor, kematian mangsa adalah disebabkan kegagalan organ dalaman kesan daripada melecur 73.5 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 9 pagi 4 Okt lepas, letupan itu dilaporkan berlaku selepas lelaki terbabit menekan butang “start” mesin pengering, yang secara tiba-tiba meletup dan menyebabkan mangsa dan anak perempuannya yang berusia 14 tahun, mengalami kebakaran pada tubuh badan.

Berikutan itu kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini sebelum lelaki itu dipindahkan ke Sungai Buloh manakala anaknya di Hospital Selayang.


“Anak perempuan mangsa yang sebelum ini dilaporkan melecur 37 peratus masih lagi dirawat di Hospital Selayang,” tambah Shamsul Amar. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori