BATU GAJAH – Seorang lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran di sebuah rumah di Taman Pusing Baru dekat sini malam tadi.
Menurut jurucakap bomba, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 8.56 malam.
Katanya, kebakaran melibatkan dua buah rumah yang masing-masing terbakar lima dan 50 peratus.
“Semasa operasi pemadaman, anggota bomba menemukan mayat seorang lelaki berusia 37 tahun di ruang tamu rumah,” katanya.
Menurutnya, kebakaran turut melibatkan sebuah kereta Proton Wira dan sebuah motosikal yang masing-masing terbakar 10 dan lima peratus. – UTUSAN ONLINE